Saturday, February 12, 2011

Kisah minggu ini: Kelas, Riadah, Cuti & Kahwin (Ape??!! Baca dulu baru tahu)

Assalamualaikum...

Dah agak lama saya tak update blog saya ni. Atas permintaan Cik Nadzwareina kita ni, saya pun nak start update la untuk kisah minggu ni (kisah cuti raya cina macam malas nak cerita.. kecewa je lebih)..

Naik cuti raya cina, saya dan kawan2 telah kembali ke puncak everest (ooops.. puncak alam..kes mamai.. hehe) dan meneruskan perjuangan pada isnin 7/2/2011. Yang mengejutkan, kelas pagi tu cancle rupanya sebab minggu ni minggu test. So ada kelas petang je la. Kelas petang tu is kelas PHR575 (Prof Sal). Bukan la nak membebel, tapi kelas tersebut  membuatkan saya mengantuk sebab saya x minat pharmacoepidemiology ni (bukan saya sorang, tapi kawan lain pun sama je.. jangan nak nafikan ye kawan2). Apa2 pun, kene naikkan semangat dan akhirnya berjaya jugak mengharungi kelas dia yang 'engaging' tu. 

Selasa...
Selasa pagi is kali pertama saya joging di puncak alam bersama Salam. Lepas subuh, kami keluar joging pukul 7am. Dapat juga la 30-40min joging. Memang penat tapi best rasanya. Pukul 10.30am pergi ke fac dengan Jo dan Cik Nadzwareina kita. Diorang nak pergi PC Carnival di PSB. Gimik kt banner ternampak perkataan 'Biggest..'. Saya pagi tu kene pergi berjumpa sv dan co-sv untuk minta tandatangan diorang untuk thesis saya (terharu ada thesis sendiri.. hihi). Lama betul sebab berborak dengan Cik Nurul. Macam2 la cerita dan skandal terbaru yang dapat tahu (tak boleh post sini.. sekarang blog student ada lecturer yang pantau.. WARNING!!!). Menggeletar jugak bila nak berjumpa Dr Kala sebab saya sangat respect dia. Pada hemat saya, kalau takde dia nak bimbing research kami, memang tak jadik punya la. Sibbik dia tak kata apa2 kecuali mengeluarkan komen yang hard binding kami sebenarnya mahal (yg kami hantar rm13 dan 14 (italic) sedangkan diorang boleh dapat rm9-12.. dah bind dah pun. tak boleh buat apa la). 

Setelah selesai, saya pun pergi la PC Carnival tu sementara menunggu ayu dan lain2. 'Biggest' la sangat. Bila baca banner betul2, rupanya 'biggest student rebate'. Siapa la design banner tu. Dari jauh orang nampak 'Biggest' jer. Apa2 pun, tak tahulah betul ke tak pasal student rebate tu, tapi memang tak big pun. Saya hanya menanti PIKOM PC Fair April ni. Petang tu pulak saya main futsal dengan semua dak laki batch saya. Seronok walaupun mengah sebab cuti tu tak ada major exercise. Berharap berat badan berjaya turun la.

Rabu...
Not much. Kelas prof sal di pagi hari (you know what always happen in the class by now..since mengantuk, saya decide untuk membising bila perlu.. siapa2 yang duduk berdekatan saya tahulah apa yang saya buat.. bukan berdengkur ye, tapi lain.. jadi hyperaktif sikit.. hehe). Kelas abes awal dari yang dijangka, so saya pun meneruskan plan yang Jana dan saya telah rancangkan, since dia nak beli tudung dia. Dia decide nak pegi plaza shah alam, so saya bawa dia ke situ. Sebelum tu kami makan lunch di ani sup utara seksyen 7. Memang penuh la orang dan teringat memori ketika menyewa di kawasan tu dulu. Kami tak berjalan2 sangat. Setelah capai objektif kami (objektif dia sebenarnya.. hehe), kami pun balik. Kenapa saya sudi teman dan bawa dia sedangkan kami hanya bestfriend, bukan in a relationship pun? Sebab saya bestfriend dia. Jangan fikir bukan2 ye. Its just kami hargai persahabatan kami. 

Petang tu saya sampai rumah sewa almost 3pm. Alamak. Dak2 laki semua plan main futsal lagi petang tu sebenarnya. So apa lagi, lepas solat zohor, saya pun drive le ke meru untuk main futsal lagi. Memang puas.

Khamis...
Pagi tu saya tak ingat saya buat ape. Haa, saya terlambat bangun. saya dah janji dengan Jana untuk keluar dengan dia tengok wayang. sebelum pergi, saya kene pergi fac dulu untuk booking TEC sebab Mdm Jesmin dah bertanya mana nak present next week. Adoi. Nak tak nak, kene la pegi booking cepat sebelum keadaan jadi huru hara. Lepas booking, saya jemput jana untuk pergi tengok Yogi Bear kt OU. Yup, yogi bear. Cerita pasal 2 ekor beruang yang boleh bercakap. Story is nice but it can be better. Rate saya ialah download jela cerita ni. Setelah lunch dan dah capai objektif, terus balik sebab dia dengan housemate dia nak pegi makan ikan bakar kat Klang petang tu. 

Petang tu, saya pulak bukan pergi ikut makan ikan bakar (tak tahu malu la saya kalu saya ikut..haha). Saya berjoging lagi dengan Paan pulak. Fuh, letih jugak ikut dia joging. Jauh betul pusing. Nak tercabut buku lali ni. Dalam otak ni duk fikir je 'bila paan ni nak berhenti? bila dia nak jalan je? tak larat ni'. Tapi memandangkan Paan tak berhenti dan saya pun nak nampak macho gak (cewahh,, taknak nampak Paan sorang je yang macho), saya ikut dan laratkan jugak. Alhamdulillah, tercapai joging non-stop dengan Paan petang tu. So, saya pun kira macho jugak la kan ;)

Jumaat...
Pagi hari Paan mengejutkan saya dari lamunan mimpi indah. Rupanya dia ajak training futsal (dia nak training shooting, dia nak saya training passing kalau boleh). Tapi memandangkan dia dah siap, saya cakap la saya tak boleh nak ikut sebab sakit perut dan nak mandi (yes, saya memang sakit perut pagi2, tak tipuuu..). So Paan pun pergi dulu. Lepas saya selesai dan bersiap, saya pun rasa nak join training. Tapi saya tak pernah pergi court tu, berpusing gak la mencari (drive, xlarat weh kalo nak jalan, jauh kot). Pusing punya pusing, jumpa la dan kami pun training la. Masa tu dah panas pun. So takde la training lama sangat. Lepas training dan sarapan, kami pun balik.

Memandangkan saya dah berjanji nak belanja makan special someone ni (jeng3.. siapa2 yang follow blog ni musti tau saya maksudkan siapa), saya solat jumaat di shah alam. Lepas tu, saya jemput dia di seroja macam biasa cuma harini kawan dia mintak tumpangkan sampai melati. Lepas antar kawan dia tu, kami pun keluar la. baru saya tahu rupanya kawan dia tu teragak2 nak panggil saya 'abg amir', so last2 end up bagi salam je. Haha. kelakar pulak bila tahu benda ni. Petang tadi kami ke giant seksyen 13 mencari barang2 yang ingin dicari dan kami makan late lunch di ayam penyet seksyen 7 (pusat komersial). Memang kenyang giler kami makan petang tadi sebab order ayam penyet+nasi (of course..daa), kuah bakso, air pearl. Share kuah bakso je, lain2 tu masing2, ok.

So lepas makan, saya dengan gatalnya mengajak dia ke pameran perkahwinan di SACC (sengal tak aku ni??). Dia pulak dengan selambanya setuju (konon dia ni 'brutal' la sangat kan..haha). So kami pun pergi. Sangat la kelakar sebenarnya. 
'Kak, nak kahwin kt mana ni?'
  'Kakak abg x penah amik gmbr dlm studio before wedding ke?'
 'Kakak abg x penah try2 ke bju nk amik gmbr?'
'Amik la photoshoot, nnti bley tunjuk kt anak2 dulu ayah mak mcm mana' 
(3 soklan akhir tu masa sangkut kat 1 booth kedai photoshoot)

kami hanya mampu tahan gelak dan geleng2. setelah abes round pameran tu, kami pun keluar gelak2 dengan penuh perasaan malu dan kelakar. Kami pun round sekejap di SACC Mall. Lepas tu saya pun hantar dia balik ke seroja. pengajaran harini ialah
JANGAN PERGI PAMERAN MACAM TU KALAU ANDA BELUM LAGI NAK KAHWIN YE!!
hahahaha..

minta maaf la kalau coretan kali ni panjang berbuih2 (tak nampak buih, so takpela kan.. hehe) sebab dah lama tak update. 

Sekian, wasalam ;)

p/s: kelakar2 pun, hati tetap berbunga pergi pameran tadi ;)

4 comments:

  1. cnrik x pameran perkahwinan tu...tgk banner cm besh je hik3

    ReplyDelete
  2. cantik gak la.. ada bbrape booth la yg pamerkan pelamin diorg.. baju2 pn lawa.. deco booth mmg of course la kena lawa kn.. haha

    ReplyDelete
  3. yeayyyyy amir update juge.. bnyk kali mention nama aku pulak tu hehe.. aku suke bace entri ko yg ni mir.. funny.. lain kali wat la entry cmni lgi.. leh la aku gelak2 skit :D

    ReplyDelete
  4. aku try le, awa.. ko mcm xtau plak aku ni pemenang anugerah 'paling serius'.. hahahaha

    ReplyDelete