Tuesday, November 30, 2010

wish to be who i was

Assalamualaikum.

ketika menaip post ni, saya sedang berfikir, macam2 yang saya fikirkan. ni membuatkan saya berfikir jugak alangkah baiknya sekiranya saya masih seperti ketika sekolah dulu, terutama sekali form 5.

ketika sekolah menengah dulu, saya memang nerd (really nerd daripada sekarang). sangat skema. tapi sekarang lebih kurang sama jugak la kot. hahaha

tapi, dulu, saya dapat merasakan, saya lebih fokus, lebih berkobar2, lebih rajin daripada sekarang. tak tahu apa yang mengubah saya. masa? peristiwa2 yang dilalui? peer pressure? tekanan akademik dan hidup? entah lah.

dulu, saya rasa saya tak mudah menyakiti hati orang keliling saya seperti sekarang. dulu saya agak pendiam, kurang sosial, kawan pun tak ramai, apetah lagi bercintan cintun. 

kini, saya merasakan saya kehilangan amir yang lama dalam diri saya. benar ke? bermula zaman universiti, semua berubah. kemesraan antara family members pun dah lain. saya sayangkan family saya tapi dengan macam2 yang berlaku, kemesraan tu tak macam dulu.

saya mengenali ramai kawan, termasuk la kawan baik saya tu. then, i crossed the line. keputusan yang tak sepatutnya saya buat. saya menyakiti hati dia, dan orang2 di sekeliling saya. saya sangat kecewa dengan diri saya.

boleh ke saya kembali macam dulu? menjadi nerd pendiam supaya saya tak sakiti hati orang lain. supaya saya tak dianggap beban. supaya saya tak perlu pikir semua ni. tapi macam tak boleh. saya hanya boleh adapt dan cuba untuk pendam apa yang patut. buat masa ni, rasanya memang patut saya JANGAN PIKIR PASAL BENDA PELIK2 macam cinta, jodoh dan sewaktu dengannya.

another weird post from me. terlalu pikir yang bukan2. i should just be myself, support your family and friends and be there for them.

sekian. wasalam.

Friday, November 26, 2010

"Aku dengar ko nak kawen..."

Assalamualaikum.

Hari ni sangat meletihkan buat saya. pagi2 takde la letih tapi lepas tengah hari. sepanjang petang saya kuar bersama kawan baik saya. dapat jugak la saya makan di tarbush (restoran ala arab). memula ingat nk makan lamb chop tapi sbb leceh nk potong2 dgg ngan tulang lamb, saya order la shish kebab. boley tahan la. dpt jugak la berborak dan berceloteh dgn kawan saya tu. teringin sangat nk jumpa, mana la tau, saya pasni kene pegi tempat jauh. setelah makan dan berjalan2, kami pun pergi ke puncak alam untuk jemput adik kawan saya tu. 

Oh, macam takde kaitan dengan tajuk post kn? takpe2. dah nk sampai dah. 

lepas je antar kawan dan adik dia tu, saya bergegas la balik sebab nak hantar sepupu saya ke KLIA. dia ada program homestay dekat Jepun. sampai rumah dalam pukul 6.15pm, terus saya tukar drive kereta honda bersama2 adik saya ke subang. x sangka sebab hujan dan kereta yg banyak di jalan raya, saya sampai rumah mak induk di subang pukul 7pm (sepatutnye 6.40-6.45 dah sampai kalau jalan clear). apa2 pun, sampai2, terus maghrib dan quick dinner. 7.30pm terus saya memecut membawa sepupu dan kawan sepupu saya tu.

Still xde kaitan dgn tajuk topik kan? sabar2.. bagi peluang saya menaip.. (malas nak buat banyak2 post).. hehe

balik dari hantar sepupu, saya singgah dulu rumah mak induk kat subang tu. lepas supper sekejap.. 

JENG3!!
"AKU DENGAR KO NAK KAWEN... HEHE"
mak lang tanpa control suara terus berkata dengan lantangnya... wadoi.. mana la dia dpt idea mcm neh. mak induk pun dgn tersengih2 pun join sama. 

"DAH TERSUSUN KE CALON2NYE??? HEHE"
ni lagi best... bukan calon, tapi CALON2... wah.. diorg ni nak saya kawen lebih dari sorang ke?? hahaha..

memula inga taknak layan.. so buat2 la main dengan sepupu saya yang kecik tu.. tapi tak boleh jugak.. suara diorg memecah gegendang telinga bertanya dan mengeluarkan ayat macam ni.. terpaksa la jujur dengan diorg...
(sepupu saya ni musti ada report dekat mak lang ni..haish)..

ye, mmg saya minat dekat seseorang, tapi baru je kenal.. dan saya pun takde la letak harapan atau apa2 sebab awal lagi kot... dan saya selesa berkawan dulu macam ni.. makin bertubi2 soalan diorg tanya.. memamg mcm selebriti yg dikorek gosipnya la.. hahaha

"KALO IKUT CIRI YG AYAH KO NAK LA UTK MENANTU, DIA PUTIH X? 
KEDUA, DIA PANDAI MASAK X? 
MANA KO TAU DIA PANDAI MASAK? 
KO DH TEST KE MASAKAN DIA?
DIA ORANG MANA?
DIA BELAJAR MANA?

yup, kalo ikutkan ciri2 yg ayah saya tetapkan utk calon menantu dia, mmg berat gak la. harap kalo betul saya nk kenalkan calon bakal menantu diorg ni, harap mak saya support la so xyah la nak terlalu ikutkan ciri2 yg ayah saya tetapkan tu.. kelakar plak.. hahaha.. tapi tadi stres jugak la lepas ditanya macam2 ni..

so kawan2, siap sedia la untuk menghadapi situasi macam ni ye. yg dh selamat kawen, tahniah la, xyah nk hadapi dah situasi. yang masih single macam saya ni, prepare la dengan reply yang power2 sikit so xde kene tembak.. (macam interview cari keje atau kene siasat oleh polis pulak).. hahaha

ohye, saya x bagitau siapa calon tu kan. JENG3... rahsia (tp ada yg dah tahu kott)

oklah. sekian untuk coretan yang ingin dikongsi. bagi yg single, cepat2 la cari calon especially kalau parents/sedara mara dh start tanya2 macam ni. bukan apa. diorg riso le, xkan la nk anak/anak sedara diorg ni membujang sampai ke tua. haha. 

ciao. wasalam ;)

Tuesday, November 16, 2010

tHE GoOD, tHe bAD, and tHE UnKNowN

Assalamualaikum.

rasanya dah beberapa hari jugak la x update blog ni. so nk update pun, lom ada pape yang significant. but still, there are some experiences that i want to share. boleh buat hiburan dan renungan bersama.

isnin, 15/11/2010
sampai pagi hari  ni x confirm lagi berkenaan program ke mesir. so saya telah diberitahu oleh wazir yang en faiz nak jumpa kami berlima yg akan ke sana pd pukul 12.30pm. memandangkan hari ni isnin dan dh cuti (yeay!!!!!), saya pun mengajak cik nini utk menemani saya. just ajak teman dan kuar (kami xde pape lg, okeyy). so setelah jemput dia, saya terus ke puncak alam. 

setelah submit logbook fathi dan che nad, saya berjumpa en faiz bersama wazir dan junior, azrina. boleh la pulak en faiz buat lawak konon dh tukar tempat, ke indonesia. tugasan dia, buat report berkaitan gunung merapi (time awal2 ckp tukar tmpt tu, dh pecaye dh, skali bila ckp gunung merapi, dh kene tipu.. dlm hati dh berapi2 dh). so sebenarnya, program kami kena tunda, start 1/12-31/12 (sebulan... lama betul..cewahhh). dan baru tahu kami kena cuba cari accomodation sendiri. aduyai. harap dgn bantuan zati dan kwn dia kt sana, moga kami dpt menyelesaikan masalah ni.

setelah bergelak ketawa dan selesai berbincang dgn en faiz, saya dan nini pun gerak la ke subang parade. nini nk jumpa kwn dia kt sana. dia keje di kenny rogers. sgt2 berterima kasih kt kwn nini tu sbb dpt muffin extra n nini xdela mhl sgt belanja saya, kalo x, cian dia. huhu. it was a nice day despite of the uncertainties and 'keberapian gunung merapi dlm hati pagi tadi' and traffic jam di kala hujan lebat semasa nk balik rumah. 

what keeps me thinking the whole day is, am i ready to go? sebulan, tempat org, buat praktikal (bukan g cuti tau...) saya xde background bahasa arab, still there is uncertainties about the program, a lot yg mmberatkan hati ni. it will be nice to go and see pharmacy environment in other countries. pape pun, to all readers, doakan kami semoga kami selamat pergi dan selamat kembali. semoga kami memperoleh input berguna semasa kami di sana. Aminn....

dinner di Chop N Steak, selayang. 1 family saya g dinner kt sana. its an honour gak la bila diorg nk g tempat yg saya suggest. the place is good if you want to eat western food. sbb pyh nk cari kdai western yg dekat dgn rumah ni. so for me, its quite decent. tapi malangnye, pesanan abah saya x dibuat dgn betul. mintk kurg pedas, tp pedas jugak. air mintk kurang manis, tp manis jugak. saya kecewa dgn tempat tu semalam. but spt BF saya, jannah, ckp kt saya, things happen. x boleh nak buat apa. tp deep down, saya merasakan, lepas ni saya xnk suggest tempat makan lg. xmau org kecewa. kalo diorg nk makan, diorg pilih la tempat kegemaran diorg. saya  ikut je. 
to all friends, maafkan saya kalau saya reluctant nk recommend tempat makan atau malas nk memikirkan tempat makan. i have my reason, although ramai xkan terima reason mcm saya ni. sorry.

selasa 16/11/2010
hari ni pergi rumah mak induk di subang. seronok dpt bermain2 dgn sepupu kecil saya, zafri (xde la kecil dh..masuk 5 tahun). penat melayan kerenah dia, tp dia membesar. in a sense, dia x trlalu nakal dan x trlalu mengada2 dgn saya. sronok. tp still, obses dgn upin dan ipin (budak la katakan). ketika nk balik dlm tengah hari, dia boleh ckp 'abg amir tinggal la sini'. siap tanya 'abg amir balik kmpung x besok?'. maaf ye zafri, abg amir xle nk tinggal umah zafri. laptop kt umah abg amir ni. abg amir pn xle blik kmpung esok sbb abg amir smbut raya haji dkt kepong ni. 2 je la yg mampu dijawab. dulu dia akan menangis bila saya balik, tp sekarang dia dh besar, so xdela menangis mcm dulu.

mama masak lauk favourite saya utk dinner iaitu tomyam (masakan mama). tomyam ni lain sgt drp yg kt kedai. tomyam ni lagi berkhasiat (kurg minyak, byk sayur, siap ada potongan ayam kampung). utk mereka yg hardcore tomyam, rasanya xle nk telan kot. tp untuk family saya, this is the healthiest and tastiest tomyam we ever had. abes 1 mangkuk saya sorang je bantai (muahahahaha!!!). 

Glad to be home, actually :)

sekian nukilan buat masa ni. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
selamat bercuti

wasalam :) 

Friday, November 5, 2010

salah siapa??

Assalamualaikum.

harini tgh hari tadi perlu pergi fakulti. malangnya tiada siapa group mate IBM saya menunjukkan minat nak ikut temankan saya. saya pun ajak la housemate yang selalu teman saya (dia ni group laen) tapi dia pun tak nak temankan. saya malas nak ajak groupmate sebab takde tunjukkan minat nak ikut. saya memang mahukan markah saya. sebab tu saya beriya2 nak pergi fakulti jugak.

sampai fakulti, saya pun ambil la apa yang patut termasuk la groupmate saya punyer keje dan kawan saya. bila tengok carrymark, ada la diorang punye yang lompong2. saya pun call la dan gitau kawan saya tu. saya sendiri memang tak tahu la nak buat macam mana sebab diri masing2 takde dengan saya masa tu. 

lepas solat, diorang un check la. rupanye ada la quiz2 diorang staple skali dgn pastyear, buat dua kuiz dalam kertas yang sama (sepatutnya 1 quiz 1 kertas). dengan tidak semena2, saya disalahkan. 'ko yang x bagitahu. aku pegi lab time kelas'. mungkin betul salah saya. mungkin saya terlupa nak beritahu dulu. saya dah pun mintak maaf dengan kawan saya tu. 

tapi saya terkilan. sangat terkilan. kenapa langsung tak nak bertanggungjawab untuk markah sendiri? kenapa tak de tunjukkan minat atau tanggungjawab nak ikut tengok markah tu? memang subjek ni buat saya sangat penat sebab saya seperti dibiarkan sorang2. memang mereka buat part/kerja mereka tapi saya tak diberi perhatian langsung, especially bila compile semua. saya tetap manusia. mana la saya mampu nak ingat semua, nak bagitahu semua detail. kalo x datang kelas, ambil inisiatif tanya2 org. time kuiz tu pn, masing2 tiru masing2. tiru betul2 la ikut macam mana saya jawab dan susun kertas kuiz tu. terkilan la sebab tiada terima kasih pun lepas saya compile semua keje tu. saya harap mereka sedar la lepas kejadian hari ni.

daripada hati yang terkilan. sekian. wasalam.

Tuesday, November 2, 2010

~ainul mardhiyah~

Assalamualaikum.

AINUL MARDHIYAH
Nama yang cukup indah kan. ini lah nama anak buah saya. sekarang masuk umur 1.5 tahun. comel budaknya. sebenarnya entah beberapa kali je dapat tengok dia. dulu masa awal2 lahir. sekarang tengok daripada gambar je la. kelmarin (ahad) dia datang K.L. dapat la panggilan dan berpeluang la mendengar suara dia. walaupun dia just merengek2 je. tp cukup untuk membuatkan saya gembira.

namun hati tetap sayu. saya tak dapat nak jumpe dia. bukan kerana apa, dh memang dugaan dariNya. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. ye, ain x bersalah dalam hal ni. moga ada la peluang saya untuk berjumpa anak buah saya tu. dia tetap ahli keluarga saya. sekarang dapat dengar suara. maybe lepas ni rezeki untuk berjumpa pulak. musti dh comel dia tu. hihi

sekadar coretan kegembiraan hati untuk dikongsi. sekian, wasalam.