Sunday, March 13, 2011

Gambar Lembaga SPA BRAIN

Assalamualaikum.

Post baru2 ni agak membosankan, betul x? Ok. Sekarang saya cuba nak jadik cheeky balik (bukan pipi chubby yeee.. so jangan komen pape yang sewaktu dengannya..SENSITIP!!! haha)

Kita start dengan update2 yang relevan dan harap tak membosankan anda, dear readers. Kalo bosan dan tak bosan tu, memang hak anda. Tapi semoga anda paham le kalo saya nak taip benda kelakar tu, so tak perlu la saya berkata 'Haha (gelak sorang2).U don't get my joke?', ok? Anda tahu sape saya maksudkan, tapi diam2 ye. LECTURERS ARE READING YOUR BLOGS!! BEWARE!! (Tak sabar nak abes so boleh bebas sikit nak taip..hehehe)

Sepanjang hari Selasa dan Rabu, nothing much sebab kene memerap dalam umah sewa kat Puncak Alam tu untuk menghadapi test hari Khamis dengan study notes2 yang ada. Dugaan paling besar, bukan dugaan luaran ye, tapi notes. Bukan notes takde atau hilang, tapi ada 2 notes PALING SENGAL UNTUK DIBACA. Bukan tulisan atau fotostat tak clear, tapi memang isi notes tu tak relevan dan lecturer yang mengajar pun, sigh, tidak mengajar secara relevan dan tak berkarisma (talk about student tak reti present dan yada3, tapi adakah adil anda nilaikan kami jika dikalangan anda begitu juga? Kami tak kisah jika yang nilaikan adalah lecturer yang kami tahu hebat dan berkarisma, tapi sekiranya dia ni yang nilaikan kami, memang mencari peluang untuk dia ditembak baekk punyer kalau dia nak nilaikan presentation kami)


 Sebelum makin panas dan mencari masalah dengan statement di atas, kita cerita hari Khamis je la, boleh? Test pagi pukul 8.30am di DK10. Memang kami 1 rumah semangat nak datang awal. Nak tau sebab ape? Ceteka, ceteka (nak ikut macam cecite, cecite, tapi sedap pulak ceteka tu kan..haha). Kami nak set tempat duduk torbaekkk! Paham2 jela pe maksudnya, no explaination needed. Test pagi tu untuk 2 subjek (PHR576+PHR577). Alhamdulillah, dah lega tapi ada lagi test bila dah abes hospital attachment nanti. Huhu


So dah lalui pagi tu dengan tekanan, tengah2nya kami bergembira dengan sesi fotografi 1 Kelas (atas dasar konsep 1 Malaysia..hehehe). So ada la orang yang membuat kontrak dengan UiTM P.A ni datang dan ambil mugshot. Gaya aku memang paling bosan dan hampeh dan entah pape la. Shud just be me and tak buat gaya gitu. Dahlah time saya nak pegi ke depan amik gambar tu, boleh pulak bro photographer tu tak sedar saya nak dah berdiri kat depan nak amik gambar. Agak segan dan malu. Yela, saya hanya seorang nerd yang tak reti bergaya. Lepas bergambar mugshot tu, sementara menanti yang lain2 setel, ada la kawan2 sekelas start mengeluarkan kamera dan henset berkamera untuk bergambar (jadik photographer persendirian berhad..haha). Memang riuh la, especially kami dak2 laki yang tiada kamera, terpaksa menerjah sesi penggambaran rakan2 lain untuk ada gambar (haa, tolong tag nama2 kami lepas upload kt FB ye..hehe). Lepas tu, kami ke area di bawah tulisan 'UiTM Kampus Puncak Alam' (tak tahu nak panggil ape tempat tu, yang tahu, tahu la, yang tak tahu, tolong tanya ye..hehe). Naik kereta pegi sana, nak jalan kaki pun boleh tapi anda akan lencun dan seksi. Ngeh3. Papepun, kat situ bergambar ikut group A, B dan C. PAKAI WHITECOAT pulak tuh. Memang panas. Pape pun, Alhamdulillah, semua lancar dan selamat.

Kisah petang tu pulak, start taklimat daripada Lembaga Farmasi dan SPA (bukan spa ye kawan2, best kalo betul2 pasal spa urut2 oleh awek2 cun tapi bukan ye. S.P.A. = suruhanjaya perkhidmatan awam). Memang kecoh la sebab wakil2 yang present tu memang penglipurlara. Tak boleh bla tu ialah kami kene sound sebab lambat (nak je cakap sebab lepas kami semua sampai pun, bukannya semua benda teknikal ready, even sorang penglipurlara tu pun rupanya tak solat zuhur lagi, abes dia potpet2 dalam pukul 4 baru kuar nak solat. Terpikir masa tu, pada diorang, apa yang lebih penting? A question tu ponder. Kami bukannya terlalu lambat, lagipun dia kene faham la, kami semua duduk luar dan surau di fakulti dah sememangnya padat waktu2 gitu. Fakulti meletakkan pukul 2pm, pada hemat saya, hanya untuk membuatkan kami berusaha untuk sampai on time. Lagipun, dia dapat da whole petang tu off untuk beri taklimat. DAN KAMI TAK TERLALU LAMBAT YE. 2.15pm almost all dah ada dalam dewan). 

Kami dengar dengan teliti semua penerangan penglipur2lara tu. Kami berterima kasih banyak2 sebab dapat banyak input tentang proses pendaftaran dengan Lembaga Farmasi, pendaftaran online SPA, penempatan (beruntung mereka2 yang dah kawen, takde possibility nak kene campak jao2), tangga gaji (topik ni pun kecoh), dan apa yang perlu kami buat selepas tu. Banyak nak taip, maybe akan diterangkan dalam entry yang lain pula. Pastu abes dah, end of day.

Malam tu kami bertungkus lumus siapkan assignment disamping isi borang online SPA. Keesokannya, Jumaat, pagi saya dan salam masuk ke kampus untuk submit assignment dan menghantar salinan result MUET ke pejabat fakulti. Petang lepas solat, Salam, Wawa dan saya ke Shah Alam untuk membeli sampul surat saiz a4 dan beli setem. Mujur on the way ke sana, Paan dengan baik hatinya call dan mengoffer untuk beli setem untuk 1 umah. Terima kasih, Paan dan tahniah atas relationship anda, moga sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan jodoh selamanya :)

So kami ke Seksyen 2 beli sampul. Tak tahu ukuran saiz a4 dan takde tulis pun saiz a4 pada plastik cover sampul2 tu, saya pun ukur dengan kertas a4 yang dijual dalam kedai (typical way..hahaha). Setelah dapat ape yang dicari, kami pun decide nak pegi minum petang kat Hakim S.7 unisel (kami atau ko yang decide, amir?? hahaha). Memang teringin nak makan cheese nan so makan la cheese nan. Selesai sume, kami hantar Wawa ke komuter Padang Jawa (bukan kami saja nak abandon dia, tapi dia nak balik ke Klang..jangan salah faham ye. Kami masih baik dan berperikemanusiaan.. takde kaitan, just tangan ni dah sengal nak taip panjang2..dok typo je neh sebenarnya..hahaha).

Forward ke hari Sabtu, iaitu semalam. Pagi tu (pagi la sangat, ko bangun pun matahari dah tegak bersinar..haha) mintak Salam cepat2 setelkan basuh baju dia sebab saya pun nak membasuh. Maklumlah, dah beberapa hari asyik hujan je dan pagi tu pulak tengah panas. Alhamdulillah sempat basuh dan sempat kering sebelum Shah datang bersama Mar nak jemput Fathi dan saya pergi ke BRAIN (Brain Awareness Iniative) kelolaan dak2 part6 di Paya Jaras. Salam dah pergi awal pagi tu, tak bagitahu kami dak umah ni pun. Diam2 je plan, takde gitau dan ajak kami sedangkan kami dah ajak dia, tapi dia yang tolak. Dak perempuan ajak je, dia terus on. Salam2. Biarlah, malas nak pikir, asal dia bahagia dan tak susahkan kami. (Terkilan sebenarnya sebab ingat nak pegi 1 umah ramai2, tapi dah Salam ni pantang di ajak oleh perempuan, dia akan pegi. Tapi Salam ni, kalau saya keseorangan nak mintak teman pegi somewhere macam pegi fak ke, dia tak kesah nak temankan. Part tu, saya bersyukur dan berterima kasih kat Salam. Hihi.)

Berbalik kepada Brain (kang orang ingat saya gay pulak sebab citer pasal Salam neh..hahaha). Sebenarnya tak nak buat med checkup sebab tau dah ape hasil dia, tapi teringin nak buat. So buat la. Sepatutnya skip part mesin yang kira biological age tu. Tak logik. Shah pun setuju dengan saya (Sedangkan kami taknak terima hakikat..hahaha). Hujan pulak petang tu lepas kami sampai. Masa nak balik tu, kene redah hujan nak sampai ke kereta jugak lah sebab saya kene amik adik saya kat Shah Alam untuk balik rumah. Rumusan untuk Brain, setakat apa yang kami nampak petang tu, a job well done, especially promotion sebab even hujan pun ada orang sekeliling datang ke situ. Cuma kalo boleh susunan kaunter health checkup dan kerusi (walaupun sempit atau berterabur sebab orang ramai) diharap sentiasa tersusun la dan tak berterabur. 

Petang tu saya balik rumah dengan adik. Di rumah kepong, rumusan terus la, MAKANAN MASAKAN IBU TORBAEKKK!!! KATIL EMPUK!!!!
hahahaha...
ok kawan2. Nak pegi seterika baju dan packing untuk balik semula ke Puncak Alam. So prepare2 la untuk hospital attachment dan dibantai kaw2 punyer. Good luck to all my friends for the coming hospital attachment and let us do our best. PART APE??? PART 8!!!
Go Part 8 Go!

Sekian, wasalam :)

p/s: kami tak la poyo sangat nak melabelkan 'statement 'batch pada t-shirt. tapi kami tetap dihargai oleh fakulti dan lecturer yang pernah terlibat mengajar kami dan terlibat dengan program2 kami. Even baju F1 kami takde statement2 camtu. Berbangga dengan batch senior, batch Rahmat sebab T-shirt dorang mempoyokan Bidang Farmasi, bukan batch. Tringin nak satu t-shirt Drug Lord dorang. Hehe. Pastu setelah dengar some comments pasal junior2 neh, kami bersyukur kerana penyampaian info dalam batch kami lancar dan sampai ke semua orang, tak perlu sampai lecturer dpt 100+ sms tanya test ada ke x, pada hari ahad pulak tu. So please, dear juniors, we know what lecturers are saying about you, especially yang terlibat dengan research bawah ex-sv dan ex co-sv saya, anda telah terkantoi menipu mereka dan tersilap langkah dengan mengambil sikap sambil lewa (walaupun kononya masa approach lecturer2 tu cakap dia berminat dengan microbiology). So, please, a word of advice, tolong jangan ambil sikap sambil lewa and live up to your statements. Peace yo ;)

Monday, March 7, 2011

-Isu Pecah Rumah di Puncak Alam-

Assalamualaikum.

Selepas mencari idea untuk menaip post sebelum ni, saya pun keluar la bersama awa untuk lepak2 dan minum kat kedai mamak dalam pukul 6pm tadi. Dalam perjalanan, terserempak dengan Prof Mansur yang berjalan kaki menghala ke area kedai2.

'Salam, Prof. Nak ke mana?'
'Saya nak ke kedai hardware. Rumah saya kene pecah masuk la'

Tergamam kami buat seketika. Nampak muka prof sedih waktu tu. Setelah bertanya dan berbual seketika, kami dapat tahu antara barang yang hilang ialah TV, henset, dan jam tangan rolex. Pe yang kami nampak semasa singgah di rumah Prof ialah tingkap yang dh longgar selaknye, gril tingkapyang dah tercabut (macam mana diorang boleh umpil dan tolak abes gril tingkap sampai tercabut) dan bilik2 yang berselerak. Kami bersimpati dan sedih dengan apa yang menimpa Prof Mansur.

Makin menjadi2 kes pecah rumah di Puncak Alam ni. Sebelum ni pun dah beberapa rumah junior telah dipecah masuk. Laporan polis pun telah dibuat untuk kes2 sebelum ni. Tapi masih berlaku lagi kes pecah rumah ni. Diorang ni tak serik2 langsung. Kenapa masih tak terkawal lagi isu ni??!

Entahlah. Semoga mereka yang membuat jenayah ni akan tumpas jua dan menerima balasan setimpal. 
'Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'

Sekian, wasalam.

~MPG penuh makna~

Assalamualaikum.

Hari Sabtu yang lalu (5 Mac 2011) merupakan hari (lebih kepada malam) yang bermakna. Malam Pra Graduan (MPG) untuk meraikan kami, pelajar tahun akhir telah diadakan di SACC Convec, Shah Alam.

A bit different than tahun2 lepas sebab dulu kami meraikan senior. Sekarang kami pula yang diraikan. Bertemakan 'Cosplay and freestyle' (sibbik ada freestyle kt hujung tu), nampak meriah dari segi costume dan pakaian kawan2 sekalian. Saya pakai simple2 je, takde costume pun.

Rasanya highlight of the night is Shahir menang Prince of The Night. Dia pakai costume Mad Hater, siap make up lagi. Memang serupa la. Tahniah Shahir. Selain tu, video lakonan daripada kami pelajar tahun akhir pun torbaekkk!!. Video ni pun atas arahan Shahir jugak. Funny, penuh makna untuk disampaikan, bukan lakonan merepek yang orang tak paham dan syok sendiri, ok. Tahniah kepada Shahir dan team lakonan. Korang memang da bomb la. Hehe :)

Ohye, certain points need to be highlighted:

1) Vibe/suasana takde langsung malam tu.
2) Tak ramai pun orang datang (atas konsep tiada paksaan. Good concept but takde benda/persembahan untuk gantikan kekosongan dewan yang menyumbang kepada point 1)
3)  Dewan langsung tak berhias untuk dikenakan dengan tema. Lagi menyumbang kepada point 1. Kecewa kat situ sebab macam tak amik kira faktor environment.
4) Spec/kemudahan teknikal dewan yang kurang, membawa kurangnya penghayatan/impak setiap persembahan, especially persembahan lecturer.
5) Gambar2 dalam buku yearbook tak clear dan 'pecah' sedangkan gambar yang diberi dalam format size pixel yang besar. Sangat tak logik dan tak profesional, seperti melepas batuk di tangga, takkan la takde sape2 jadik editor.
* Diharap faktor2 di atas dapat diambil iktibar untuk pemilihan tempat, persediaan/hiasan dewan, kemudahan teknikal, jemputan, dan penghasilan yearbook untuk junior2 akan datang.

Good points:
1) Susunan program lancar
2) Pendaftaran lancar
3) Berusaha memberikan yang terbaik mengadakan dinner untuk meraikan kami
* Terima kasih kepada junior part4. Harap boleh la guna point2 di atas untuk post mortem. 

Masa nyanyi lagu memori tercipta tu, agak sebak jugak la sampai menitik air mata. Lantak orang nak cakap ape. Sebak sangat. Memang banyak memori tercipta dengan kawan2 last 5 years (termasuk pre degree). Semua memori yang tersingkap masa nyanyi tu. Jujurnya, memori2 yang paling memberi impak ialah memori atau kenangan dengan kawan baik saya tu. Bukan saya bermaksud memori dengan kawan2 lain tak memberi impak, tapi dia special sikit. Walaupun tak banyak gambar dengan dia, tapi amat bermakna buat saya. 

Walaupun saya kadang2 marah dan sedih sebab dia, tapi saya selalu gembira dan tersenyum sebab dia.
Terima kasih, Jannah :)
Selain tu, terima kasih jugak buat kawan2 semua kerana segala memori tercipta bersama kalian. Terima kasih Batch 6 (2007-2011) PH210 :) 

Thats all for the update for now.
Sekian, wasalam.




Friday, March 4, 2011

Alangkah baiknya....

Assalamualaikum.

Alangkah baiknya...
Anda hargai apa yang saya usahakan ini. Dengan rendah diri saya cuba sms awak macam biasa so kita bley jadik on normal terms macam biasa. Walaupun sekadar wish gudmorning, gudnite sebagai permulaan. Walaupun reply awak sekadar nak mereply je atau tak reply langsung. Saya harap awak faham dan hargai usaha saya untuk menjernihkan keadaan.

Alangkah baiknya...
Saya masih rajin seperti dulu di waktu sekolah. Study sentiasa dan cuba memahami apa yang diajar. Tapi entah ke mana hilang mood pembelajaran ni. Tekanan luar? Lecturer? Entah la.

Alangkah baiknya...
Sekiranya kereta saya tu kebal. So tak payah nak pikir untuk repair2 sebab tak rosak. Sebelum ni dah tukar tayar, ketuk rim, ada leakage. Sekarang nak tukar cat pulak. Aduyai. Duit meleleh lagi keluar.

Alangkah baiknya...
Sekiranya saya ni bisnes minded. Boleh cari peluang nak mencari duit tambahan tanpa perlu berharap JPA je atau nanti tak payah nak harap duit gaji. Tak reti nak invest2 pulak tu. Huhu

Alangkah baiknya...
Sekiranya kita tak pernah gaduh. Gaduh je gaduh besar sampai awak tak reply2. Ego saya tinggi ke? Atau ego awak? Fikir2kan lah. 

Alangkah baiknya...
Sekiranya hari tak panas terlalu terik dan tak terlalu lembap. Nyaman sepoi2 bahasa. 

Sekian luahan buat sementara. 
Wasalam.

Tuesday, March 1, 2011

Acacia IT Services - Service centre for Lenovo, HP, Samsung, MSI laptops

Assalamualaikum.

Nak share 1 tempat yang baru pergi petang tadi untuk kunjungan bersama (harap2 takyah kunjung la). Kawan2 ada problem laptop2 brand di atas? Maka datang la ke Acacia IT Services untuk pemeriksaan laptop anda. Kedai ni terletak di SS14, Subang Jaya. Kedai ni merupakan service centre utama untuk Lenovo bagi model Ideapad. Model Thinkpad dan Thinkcentre pulak boleh diservis atau repair di IBM Service Centre di Bangunan Vads, TTDI. 

Macam mana boleh saya ke Acacia IT Centre? Macam ni ceritanya. Laptop adik kepada besfren saya ada problem dengan keyboard. Minggu lepas besfren saya tu bawak la ke kedai di Shah Alam. Rasanya orang kedai tu tak check langsung kot dan just bagitau kalau tukar keyboard kene harga rm250. Giler betol. So dia bagitau saya if ada pape option lain. So saya pun mencari la laman web Lenovo nak tahu tempat servis laptop Lenovo. Akhirnya, jumpa juga dengan alamat Acacia.

Memandangkan petang hari ni free (tak free pun, ponteng praktis nyanyi..mintak maaf kak pijat dan kawan2..huhu), so kami pun pergi ke Acacia. Nampak kedai tu tak la gah dan masuk dalam pun tak la macam pusat servis yang hebat. Kami terus ke kaunter dan dilayan dan di refer ke staf servis (time tu staf servis baru masuk pintu, memang kene terus layan kami la..hehe). Dia peramah dan sudi menjawab segala pertanyaan kami semasa dia buat pemeriksaan. Point2 tentang permasalahan dan penyelesaian:


1) Keyboard rosak
Dia test semua key dan memang ada beberapa key yang unresponsive termasuk key penting seperti F2 tak berfungsi. Kami berborak dan besfren saya ada sebut tentang harga yang kedai di Shah Alam tu tawarkan untuk tukar keyboard (yang RM250 tu). Bro staf servis tu pun dengan relaxnya mengambil nombor model dan check stok untuk keyboard dan memberitahu harga keyboard di Acacia hanya RM100 (harga barang) + RM60 (servis pasang). Terkezuttt dengar! Walaupun termasuk caj pasang, tetap lagi murah daripada kedai di Shah Alam. So bro tu bukak dan check dan pasang semula kabel dan test semula. Alhamdulillah, semua key yang unresponsive tu dah boleh pakai. Malah, tiada caj langsung dikenakan. Inilah perbezaan pusat servis berbanding kedai repair yang bese2.

2) Laptop slow
Tengok bro tu on laptop, rasanya dia memang penuh kesabaran la. Kalo saya, memang dah geram. Slow gilerrr sedangkan just windows xp kot. So bro tu dengan baik hati bagitahu guide macam mana nak reformat guna recovery console Lenovo. Memang mudah. Cuma tadi selain belum buat backup, rupa2nya ada password diletakkan untuk recovery. So tak dapat la nak reformat sendiri (bro tu pun tak boleh buat sebab password bukan dia yang letak..logik gak tuh). Tunggu ayah besfen saya tu balik dulu dan tengok macam mana (ayah dia yang punya, bukan adik dia, ok)

Kesimpulannya, kalau anda tahu brand dan model laptop anda, cuba la cari tempat servis terdekat khusus untuk laptop anda. Selain menjimatkan wang, reliable juga. Di sini disertakan link, alamat dan map Acacia IT Centre, Subang.

Acacia IT Services
No. 100 SS14/1 Subang Jaya, 47500 Selangor
 Phone:
603-56352600
Fax:
603-56353600

Mon-Fri (Except Public Holidays) 9.00am-6.00pm


Map Acacia IT Services Subang Jaya

 Sekian perkongsian buat kali ini.
Wasalam.