Monday, October 10, 2011

Perjalananku (Akademik) - Part 3

Assalamualaikum.

Kembali menyambung kisah persekolahan saya. Bagi yg berminat, boleh la baca. Ok. Dalam part 2 sebelum ni, mengisahkan awal persekolahan saya di TTDI. Pada hujung 1998, saya sekeluarga berpindah ke tempat baru. Kampung Melayu Kepong. Bagi mereka yg tak tahu, Kampung Melayu Kepong terletak berdekatan dengan Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Nak tau detail, senang citer klik di sini. Tak nampak jugak??? Tanda tak lama dah tu... Hehe. Gurau2 je. Tak nampak atau tak tau lagi, so snang citer, mintak tolong sahabat anda: GOOGLE IS YOUR FRIEND.


SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG (FRIM) - 1999-2000
Kelas: 5-6 Jati


Memula berpindah ke tempat baru, memang agak kekok la. Dengan persekitaran yang agak berbeza dengan TTDI, memang saya amik masa nak sesuai dekat sekolah baru. Hingar bingar dan kesibukan kawasan Taman Tun Dr Ismail, dibandingkan dengan sekolah dalam hutan yg sunyi dan nyaman. Klik sini utk tengok lokasi sekolah ni kat mana. Memang dalam FRIM. 


Saya masih seorang yg cembeng masa pindah sini. Haha. Ingat2 lupa hari pertama kt sekolah tu. Sekolah ni terdapat sorg cikgu yang garang. Cikgu Amal. Dia cikgu Kemahiran Hidup dan penasihat Persatuan Pengakap. Pernah sekali masa kelas KH, dia sergah. Terkejut dan tergamam tak tau nak watpe. Masa entah ape saya dengan sorg kawan bernama Amin tengah buat. Lupa dahh. Tapi masih ingat dia sergah dan marah2. Memang takut la. Sampai sekarang kalo terjumpa Cikgu Amal kat surau kampung ni, masih lagi rasa takut.


Rasanya subjek kegemaran masa tu Matematik (Mat). Rasa seronok pulak masa tu belajar Mat. Masa ni la saya dapat perform  dan rasa bahagia belajar Mat. Subjek muzik jadik subjek bese2 je. Tak minat dah sebab tak reti main pebenda tu, seruling ke pe tah. Dah takde nyanyi2. So minat dan seronok belajar muzik dah takde. 


Masa ni, persatuan paling feymes is pengakap la. So join je la, walaupun tau Cikgu Amal tu garang. Ada sekali tu, pergi la camping. Tak jauh pun, dekat Templer Park je. Tapi sebab saya ni anak manja tetiba join camping, demam2 masa camping tu. Asyik lencuk dek hujan. Asyik jatuh terlanggar tali khemah. Tapi akhir sekali, rasa seronok dan dapat rasa pengalaman lain daripada yang lain. Err, sampai sekarang dah tak pernah pergi camping. Huhu


Masa sekolah kat sini, saya mula start digosip. Hanya sebab saya berborak ngan sorg budak perempuan ni. Panas gak telinga dengar tapi masa tu nerd (sekarang pun nerd), so buat tak tau je. Masuk sekolah menengah, dah lost contact dengan dia. Masa kat sekolah Kepong ni la saya belajar gosip. Ish3........


Dari segi ko-kurikulum, saya tak la aktif sangat. Ada perjumpaan, datang. Ohye, memandangkan ramai yang terer main bola, saya ni pun selalu jadik pemain simpanan je, dok tengok orang main bola masa kelas pendidikan jasmani (PJ). Saya akan main bola dengan beberapa kawan lain tepi padang. Kadang2 la dapat main ramai2. Kalau kelab pulak, saya join kelab badminton. Selau gak la main badminton tapi asyik kalah je dengan sorg member ni. Dia memang terer la. Masa darjah 6, dapat pegang jawatan Setiausaha Kelab Badminton.


Masa darjah 6, kena prepare utk UPSR. Masih ingat lagi usaha arwah Uncle Rauf (ni jiran kat kampung) masa dia pegang ketua PIBG dulu. Banyak sumbangan dia nak tingkatkan akademik kami pelajar2 sekolah dan membantu sekolah. Sedih bila terkenang sume jasa2 arwah2. Walaupun dia bukan cikgu kat situ, seorang bapa kepada rakan kami, tapi usaha2 dia dan jasa2 dia menjadikan kami manusia berguna. Dia akan sponsor skit utk tiap2 majlis anugerah cemerlang. Selain tu, dia selalu jugak bagi ucapan motivasi pada kami. Paling saya tak boleh lupa, dia berusaha mengadakan kelas tambahan malam di sekolah. Konsep dia sangat menarik. Cikgu2 yang sudi akan datang ajar, ibu bapa yg berkesempatan pulak buat air dan bawa biskut atau makanan lain utk minum malam kami. Walaupun masa tu anak dia dh masuk sekolah menengah, tapi semangat dia nak membantu tu masih ada. 


Pastu ada kem motivasi di sekolah utk hadapi UPSR. Kami kene bermalam di sekolah. Pada 1 malam tu, kami pun nak tidur. Tapi ada la citer2 yg sorang member nampak hantu la, nampak toyol la. Maklumlah, kawasan keliling is hutan. Meremang bulu roma. Susah gak nak tido malam tu. Tapi syukur, takde pape berlaku. Hish. Macam2 la.


Masa darjah 6, antara memori takleh lupa, kene tampar depan kelas oleh cikgu Bahasa Melayu (BM), Cikgu Rohana (kalau tak silap, tu la nama dia. Hehe). Nak kata garang, tak jugak tapi tegas la kot. Asal ada silap atau markah rendah, dia panggil sorg2 datang kat meja cikgu dalam kelas, pastu dia tampar. Tapi akhirnya, kami sume dapat markah elok la untuk subjek BM. Ha, lom citer pasal cikgu sains, Cikgu Salmah. Ada silap atau main2 dalam kelas, dia soh beratur depan kelas, pastu dia rotan guna pembaris panjang. Ada sorang member tu, dia kene rotan oleh cikgu ni sampai patah pembaris panjang, masa tu saya pun tengah berdiri tunggu giliran je. Tapi tu la kan, cikgu2 ni bukan saje2 nak tampar atau rotan kita, tapi nak membentuk dan mendidik kita. Terima kasih cikgu2 sekalian :)

5 Jati (1999)

Banyak pengalaman yang saya peroleh kat sekolah ni. Saya bersyukur saya berpindah ke sini. Ok lah. Saya berhenti setakat ni je. Sekian wasalam.

Tuesday, October 4, 2011

Perjalananku (Akademik) - Part 2

Assalamualaikum.

Ok, dah agak lama menyepi blog neh. So, mari saya sambung perkongsian kisah zaman sekolah saya. Untuk part 2 ni, saya fokus pada sekolah rendah (primary school).


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL (SKTTDI) (1) - 1995-1998
Kelas: 1-3 Intan (1995-1997), 4 Berlian (1998)


Ha, awal2 kisah kehidupan saya, saya menetap di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), berhampiran One Utama (bukan TTDI Jaya ye, kawasan lain tu). Di TTDI ni pulak, ada 2 sekolah kebangsaan, SKTTDI (1) dan SKTTDI (2). SKTTDI (1) terletak di Jalan Aminuddin Baki, kalau sape2 yang duduk TTDI, bley tau bila saya cakap di belakang deret kedai yang pernah terletak kedai Mofaz. SKTTDI (2) pulak terletak berdekatan dengan Tadika Islam TTDI (tadika yang saya pernah enroll, kisah Part 1). Ha, nama2 kelas kat sekolah saya ni berdasarkan nama2 batu permata. Intan, berlian, jed, zamrud, delima, mcm2 lagi la. Tak ingat dah. Huhu

Saya ingat2 lupa memori saya di sini. Ya, masa zaman innocent sekolah rendah ni, saya budak cembeng. Huhu. Saya selalu pergi sekolah dihantar oleh ayah saya. Ha, masa ni, jimat sungguh sebab mama selalu datang hantar bekal (masa awal2 darjah 1-2 je rasanya. Pastu pergi beli sendiri). Masa tu, sekolah ni taklah besar sangat macam sekarang (tapi still besar la). Masa darjah 1-3, subjek yang saya paling minat is muzik. Saya ada sorang kawan rapat masa tu, nama dia Rauf. Kami selalu jadi 1 team utk kelas muzik. Jangan main2, dulu saya terer menyanyi. Hahaha. Skang, jgn la bagi saya nyanyi, takut hujan pulak. Haha

Memori tak boleh lupa, masa darjah 2 kalo saya tak silap, saya pernah terjatuh dari atas jongkang-jongket sampai retak tangan kanan saya. Bersimen. Tangan kanan retak, so kene jadi lefthanded buat sementara. Sibbik la masa tu, entah macam mana, kelas seni je. So main conteng2 je la guna tangan kiri neh. Tak ingat berapa lama tangan kanan tu bersimen. Tp berminggu jugak la. Alhamdulillah, pastu dah sihat macam bese. Memang dari darjah 1 lagi, ada suka ejek sorang budak ni. Takyah la sebut, tapi sebab masa tu fridge brand Tanto feymes dan banyak kuar iklan dia, so selalu ejek dia Tan..to. (Jahat btol la ko ni, amir. Ish3).


Darjah 3, masa tu ada ujian PTS (Penilaian Tahap Satu). Sape2 yang lepas ujian ni (mostly ujian IQ), boleh lompat dan terus masuk darjah 5. Entah IQ saya rendah atau memang bukan rezeki saya, saya tak lulus dan tak boleh lompat. Huhuhuhu 

Masa darjah 4, saya sangat susah nak bagi pinjam buku. Ada la sekali tu, sorang budak perempuan neh nak pinjam buku (cikgu marah sebab dia x bawak or sebab silap, so cikgu soh dia cari orang utk pinjam jadikan rujukan nak buat kerja sekolah). Dia pilih nak pinjam buku saya, tapi sebab termakan hasutan kawan2 yang asyik mengatakan dia tak reti jaga buku orang, saya pun cembeng dan tak bagi pinjam. Adeh. Bila teringat, rasa kesian kat budak perempuan tu. Lepas kejadian tu, saya cuba berubah utk sentiasa bagi pinjam dan tolong kwn2 (mostly pastu nak pinjam sebab nak meniru je. adehhh. bagi salah, tak bagi pun salah. Ala, saya pun buat benda sama jugak. hehehe)

Masa darjah 4 jugak, ada projek untuk buat replika rumah. Entah ape idea saya, terbuat replika rumah panjang guna kotak. Haha. Sangat berbeza dengan rumah saya masa tu. Pe nak buat, takde darah seni pun. Haha. Ok, masa darjah 4 ni, baru rasa ada kemajuan sikit, dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Saya pernah tersenarai top 3 akademik dlm kelas (4 Berlian bukan kelas 1st, ntah ke-berapa ntah). Selain tu, dapat jugak sijil untuk subjek terbaik. Tak ingat dan malas nak bukak clear holder sijil neh. Tak caye? Percayalahhhh (alunan lagu Dato Siti Nurhaliza...hehehe). Selain tu, saya pernah bermain bola sepak mewakili kelas saya dalam pertandingan bola sepak antara kelas. Ada gak la dapat trofi (saya dlm top 11 ye, bukan simpanan). 

Lepas menaip ni, baru banyak kisah yang menjelma dalam kotak memori neh. Kisah ustaz yang garang. Denda feveret dia, letak pensel celah jari, pastu dia hentak tangan terselit pensel tu atas meja. Nasib la, if pensel patah, patah la. Kalo tak patah pun, bisa sakit terasa wooooo. Saya ni pun selalu gak la kene denda. Duduk luar kelas la, berdiri atas meja la. Rotan tak kot. Tapi kene marah tu selalu la. Masa darjah 4, saya jadik pengawas. Saya ni bukannya la baik sangat. Ada 1 ketika tu, saya kene jaga untuk make sure dak2 kelas saya beratur dan senyap sebelum kelas lepas rehat bermula. Saya malas nak jaga, so main sekali dengan diorang. Cikgu disiplin nampak dan terus meluru ke arah saya. Terus dia bebel3. Kelakar pulak bila teringat raut muka cikgu tu. Hahahaha. 

Ni plak citer masa darjah 2. Mintak maaf la tak tersusun, sebab tetiba teringat. Saya dapat rumah sukan rumah hijau. Pada 1 hari tu, masa perhimpunan, ada diumumkan pasal latihan rumah sukan waktu petang (pukul 3). Saya pun datang ditemani mama (masa tu jalan kaki, takde kete, abah je ada kete). Alih2 rupanya saya silap dengar dan silap paham. Bukan untuk darjah 2, tapi Tahap 2. Hahahaha. Malu sehhhhh. Memang kene sound ngan mama. Tapi pastu jalan2 gak dan beli barang kat area kedai2 deret Mofaz lama tu. 

1 Intan (1995)

2 Intan (1996). Masih ingat nama cikgu neh, Cikgu Arthur Jugan (kalo aku x silap eja la). 

*Gambar ada untuk darjah 1 dan 2. Yang lain rasanya hilang masa pindah rumah dulu. Huhu

Jenuh pulak taip panjang2 neh. Takpe. Bagi mereka yang sudi baca, nantikan part2 yang akan datang ye. Sekian buat malam ni, wasalam.  

Wednesday, September 14, 2011

Perjalananku (Akademik) - Part 1

Assalamualaikum.

Apa nak coret untuk malam neh? Pe kata saya berkongsi kisah perjalanan persekolahan saya. Memandangkan tak lama lagi nak konvo untuk dapatkan skrol Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) (InsyaAllah), dah makin kerap mengimbau kisah2 masa sekolah dan di UiTM dulu. Hehe. Saya buat entry ni by part la, senang nak bercerita.


TADIKA DIYANA TAMAN TUN DR ISMAIL (1994)

Ni tadika pertama saya. Haa, nak tau kenapa saya kata ni tadika pertama? Sebab saya hanya dapat bertahan tak sampai sehari dekat Tadika Diyana. Bukannya tadika ni tak bagus, tapi entah kenapa saya asyik menangis je sepanjang hari. Almaklumlah, saya dulu mmg suka cembeng dan nanges je. Tapi masih ingat dalam memori la saya menangis dan mintak nak balik. Hahaha *geleng kepala*


TADIKA ISLAM TAMAN TUN DR ISMAIL (1994)

Ni tadika kedua dan terakhir saya. Dah takde tukar2 tadika dah. Hehe. Rasanya tu la takdir/hikmah saya tak bertadika di Tadika Diyana, tapi untuk enroll kat Tadika Islam TTDI. Suasana agak berbeza dengan Tadika Diyana. Tadika ni pun terletak betul2 sebelah Masjid TTDI. Mula2 masuk, memang terasa kekok sebeb kene pakai baju melayu dan songkok, tak macam Tadika Diyana tapi saya tak la menangis mintak balik. 

Ustazah2 sume baik2, tapi garang jugak la. Memori saya tak boleh lupa ialah kami 1 kelas kene berdiri atas meja. Siapa boleh jawab soalan bahasa arab, baru boleh duduk. Masa tu dahlah hujan lebat. Last2 dapat jugak la saya jawab dan duduk. Memang bley tahan la masa belajar kat tadika. Tapi seronok. Belaja bahasa arab, tajwid, sirah, mengaji, solat. Biarlah ustazah garang, tapi kami sume jadik orang yang ada asas agama.

Menarik tadika ni, ada kawasan permainan kt luar. Selalunya bila menunggu jiran dtg amik (sebab anak jiran pun pergi tadika tu, memang kami kawan la), kami sume main kt situ. Even masa rehat tengah hari pun main jugak tengah2 panas tu. Yelah, masa tu budak2, ape tau, tau main je la. Hehe. Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan zaman tadika saya dengan jayanya dekat Tadika Islam ni tahun 1994.

Teka la mana saya. Hehe. Source: Ahmad Zulhusni

Sekian kisah permulaan zaman sekolah saya. Nantikan kisah lain yg ingin saya kongsikan kemudian.
Sekian wasalam :)

Saturday, September 3, 2011

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
saya ucapkan kepada semua pembaca.

Sekarang musim raya kan. Post kali ni saya akan kongsi pengalaman beraya saya tahun ni. Secara rumusannya, tahun banyak dugaan sehingga mood beraya tu, takde sangat. Apa2 pun, saya tetap bersyukur. Kat Malaysia ni, tetap meriah. Cuba bandingkan dengan tempat2 lain, ada lagi ramai insan yang kurang bernasib baik. Huhu

Malam Raya

Haa, malam raya ni, selalu lepas Isyak, ada tradisi yang masih diamalkan kampung dalam bandar ni. Tradisi ni yang membuatkan saya sekeluarga tak balik kampung sebab nak memeriahkan dan meneruskan tradisi ni. Nak tau ape dia? Takbir rumah ke rumah. Selalu dipraktikkan di kampung2, tapi masih lagi diamalkan di beberapa kawasan perumahan di bandar, termasuk Kampung Melayu Kepong ni. Dapat jugak la saya lead takbir beberap buah rumah. Seronok dan best (sebab ada macam2 menu yang dihidangkan. Sate, durian, nugget, even ayam hot&spicy KFC pun ada. Hehe)

Hari Raya #1

Solat sunat Aidilfitri pukul 8.30am di Surau Nurhidayah, Kampung Melayu Kepong. Tapi rutin beraya tahun ni, agak berbeza dengan sebelum2 ni. Dulu, lepas solat sunat, saya sekeluarga pasti pergi ke rumah Makcik Ju (antara jiran yang rapat) di hadapan surau, tapi tahun ni, tak pergi sebab rumah sendiri belum siap kemas untuk terima tetamu. Hmmmm. Setelah semua setel, saya menanti 2 orang kawan rapat saya, Amar dan Zuhair. Alhamdulillah, sampai sekarang diorang pasti datang beraya ke rumah saya, memeriahkan rumah dan keluarga saya yang kini, erm, camne nak cakap, sedikit hambar. Lepas diorang dah sampai, kami pun beraya dan berkumpul kat umah Tasha. Kawan saya yang study kat Indonesia, Syikin dah lama sampai situ. So pastu kami berlima pun beraya kat umah member2: Solleh, Syikin. (errrr, tak pergi banyak rumah pun tahun ni. Huhuhu). Ada yang kurang sihat dan saya pun tetiba je kene selesema hari tu. Apakan daya. Dugaan.

Hari Raya #2

Selalunya balik Melaka hari raya #1, tapi kerana keletihan (dan kemengantukan lepas makan ubat cetirizine), saya sekeluarga balik Melaka pagi hari raya #2. Tak sangka jalan sesak dekat highway Plus (sebelum exit Bukit Mahkota, menghala selatan) dan exit Simpang Ampat. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke Masjid Tanah walaupun jalan sesak. Sampai2 je, terus pergi umah Pak Long. Dia dah siap masak untuk makan2. Lepas saya sekeluarga sampai, sedara2 len pun sampai (diorang gerak dari rumah nenek sebab diorang balik kampung awal). Seronok la bila dah ramai2 ni, especially ada budak Zafri tu. Memang kecoh dengan gelagat/perangai dia.
Menu: Spageti kari (kalo tak silap. hehe. dah selamat masuk perut, so terlupa plak. hehe), laksa, nasi impit, rendang (standard lauk raya la. paham2 suda).

Memang sodap. Hehe. Pastu kami semua pergi rumah Pakcik Man kat Ayer Keroh. Lalu highway Masjid Tanah - Ayer Keroh (kuar kat MITC). Tak sangka jao pulak. Melaka ni terkenal betul dengan lampu isyarat yang banyak. Most traffic lights ada timer (agak berbeza2 gak la timer 1 simpang dengan simpang yang lain).
Menu: Lontong (lain dari yang lain), ketupat palas, rendang, sambal udang (lain dari yang lain gak ni), kuih2 raya (suka kuih cornflake salut chocolate).

Pastu kami sume pulang ke rumah nenda tercinta di Solok Limau (Kampung Air Limau), Masjid Tanah. Dinner memang tak makan banyak (yeke neh??? :$ haha). Nasi dan lauk2, antaranya tempoyak campur puyuh (jangan main2, ni memang spesel ni), sup sayur (WAJIB ada sebab dah sehari suntuk makan lauk daging, xde lauk sayur pun). Ada gak lebih roti canai siang tadi, pun balun jugak dengan kuah spageti Prego+cendawan (ni sepupu from Klang, Miza).

Hari Raya #3

Macam biasa, late start. Hehehe. Tengah hari pergi rumah tok siak (nun dalam kampung tu). Pagi tu dia ada datang beraya sambil jemput kami datang kenduri umah dia tengah hari tu. So, kami berempat (saya, sepupu nama Firdaus, Pak Andak, Pak Induk) yang pergi. Lauk2 dia pun not bad, bukan typical lauk raya (dah jemu. huhu) Tempoyak, ayam goreng, dan beberapa lauk lain (dah masuk perot, tak ingat dah. hehehe). Lepas tu, kami balik umah nenek. Then, ramai2 pergi beraya rumah Tok Alang. Meriah, memang meriah. Siap *fire2* lagi. Oooppss. That is another story. Lepas tu, kami pergi rumah Kak Long (anak sulung Pak Long) dekat luar Kem Terendak. Dia dan suami dia (Bang Long) buat makan2. Memang best. Nasi beriyani (full set dengan lauk daging dan ulam2), ayam goreng berempah (Bang Long memang terer masak ayam ni. Sedap giler. Tak tambah benda lain, tambah ayam je. hahaha). Kak Long masak mee jawa/kari (x sure, macam bese, masuk perot, x ingat la. hehe) and dessert. Memang torbaek dessert. Ada kek pe tah, nama x ingat. Pastu ada kek batik, kuih2, cheesecake (more like cupcake). Ada gak lauk itik tapi tak sesedap nenek punya. Nenek masak lauk itik lagi best. Terangkat beb!! (bagi penggemar itik la. hehe)

Kecoh umah Kak Long ni. Budak2 ramai. Anak2 Kak Long 2 orang (Mukhriz paling bongsu n paling ganaz. Saya tengah dok2 makan, tetiba dia datang n debik kt belakang. Memang wrestler neh. Badan pun montok. Yang sulung, Solihin, kurus keding je). Anak2 Kak Ngah pun ada, 3 orang (sume gal) dan there is also Zafri (tak le tinggal ini budak. Nakal tak makan saman. Melalak gak la dia kat umah Kak Long ptg tu). So memang petang yang havoc.

Sampai umah nenek, masa Pak Induk sampai (Pak Induk, Mak Induk, Zafri), si budak kecik tu dok kt sebelah pemandu. Dia hulur kepala kt tingap, then tangan dia sendiri tetiba tertekan suis tingkat. Tingkap tu naik dan cekik leher dia. Sibbik Pak Andak perasan dan cepat2 jerit. Pak Induk pun cepat2 tarik tangan budak kecik tu from suis tu, so dapat la turunkan tingkat. Trauma sekejap budak tu. Sekejap je la. Pastu nakal dia datang balik, malah makin menjadi2. Hei, budak...(Geleng kepala)

Dinner malam tu, simple. Nasi, lauk sardin, tempoyak puyuh, sup sayur. Ohye, lupa nak mention, dari dinner raya #2 ada gak hidang ulam peria (peria mentah, basuh, dipotong kecil). Memula terasa pahit dan tak mau makan, tapi lepas test dan makan selalu, rasa sedap pulak. Memang menarik

Hari Raya #4

Menarik hari ni is breakfast. Breakfast sandwich (inti sardin, timun, cheese). Miza pulak malam sebelum tu ada masak kek batik. Siap ada cekodok dan sosej rebus lagi. Yeay!! Bukan lauk raya lagi. I likeeee! Hehehe. Pagi tu, Pak Andak dan Firdaus balik Terengganu. Diikuti Mak Lang dan Miza balik Klang. Tengah hari tu pulak saya sekeluarga mula bergerak balik ke KL. Terasa pilu pulak. Kalo Pak Induk sekeluarga balik, tinggal Pak Cu dengan nenek je la kat umah tu. Huhu. Walaupun this raya is not as best as sebelum2 ni, tapi it still raya kan. Huhu.

Lepas solat jumaat di Senawang, kami ke rumah sepupu (belah abah) Bang Lang Azmi. Dia sekeluarga buat open house kat umah dia di Labu, berhampiran Seremban, Negeri Sembilan. Ramai gak sanak saudara yang datang. Lauk2 pun menarik. Nasi minyak, lauk kambing, kek. Hehe. Macam2 menu jumpa raya ni. Kemudian, kami teruskan perjalanan pulang ke KL.



Setakat ni je la kisah raya tahun ni yang dapat saya kongsi. Sekian, wassalam :)

Sunday, August 28, 2011

~ANDROIDIFY~~ (Screenshots)

Assalamualaikum.

Rasanya sangat lama tak update blog ni. Sebenarnya tak tahu nak kongsi cerita apa. So sekarang ni saya nak share passion saya pasal android (buat masa ni, tengah minat. lama2 nanti entah2 dah bosan. huhu). Sebelum ni saya cerita sesuatu yang kompleks. Post kali ni saya ingin membiarkan gambar2 yg berkata2 (let the pictures do the talking).


Desktop  
Youtube via Dolphin Browser
App drawer (Zeam launcher)
Battery use
Theme Chooser
Power Widgets
About phone      
DSP Manager
Notifications
Phone options
Market (My apps)
Songs list
Recent open apps
Dialer
Settings
Stock browser
Contacts (photo link to Facebook)
Screen lock
Music player
SetCPU for overclock

Tuesday, August 9, 2011

~ANDROIDIFY~~

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama tak update blog neh. Sebab tak tahu nak share ape. So, atas cadangan cik nadzwareina kita utk share apa2 yang menarik, so, saya nak share pasal minat saya buat masa ni : Android. Hehe

Android merupakan OS (operating system) sumber terbuka utk peranti mobil (skema skit: mobile/handheld devices seperti smartphone) yang dibangunkan oleh Google. Apa yang menarik tentang konsep ini ialah kebanyakan pengeluar peranti dapat menggunakan kod android ini utk membina OS yang bersesuaian dengan produk mereka. Maka tak hairanlah banyak pengeluar telefon bimbit seperti LG, Samsung, Motorola, Sony Ericsson dan lain2 berlumba2 mengeluarkan produk menggunakan sistem Android ini.

Sama tapi tak serupa. Kepelbagaian dan kebebasan. Ini yang dapat anda lihat daripada semua produk2 berasaskan sistem Android ini. Para pengeluar telah pun men'customize'kan sistem tersebut bersesuaian dengan perkakasan dalam peranti/produk mereka tapi sistem dalam setiap peranti masih mempunyai ciri2 Android. Ohye, anda pernah dengar tentang Linux? Linux merupakan sistem sumber terbuka (OSS=open source system) yang telah pun bersaing dan mendapat tempat di kalangan hati pengguna PC. Linux ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk distribusi (distribution @ distro) seperti Ubuntu, openSUSE, Linuxmint dan sebagainya. Dan setiap distro ini ada dipecahkan kepada beberapa subset. Sebagai contoh. Ubuntu boleh didapati dalam distro Kubuntu (menggunakan KDE user interface), Edubuntu (Ubuntu Education Edition) dan lain2, masing mempunyai ciri2 tersendiri, dan boleh didapati secara PERCUMA (kelebihan open source). Jadi ape kaitan semua ini dengan Android? Android adalah berasaskan sistem Linux, dan tidak hairan setiap pengeluar meletakkan sistem Android dlm produk mereka tapi berlainan antara satu dengan yang lain (seperti subset Ubuntu tadi).

Saya dah beberapi kali mencuba dan mengguna pakai Ubuntu dan sistem Linux ini sangat ringan dan mudah dikendalikan. Maka, Android takkan menjadi masalah digunakan oleh pengguna. 

Mari saya menceritakan sikit pengalaman saya menggunakan smartphone android LG Optimus One (LGP500). Ketika saya membeli peranti ini bulan Mac 2011, model ini dikatakan peranti Android segmen low-end paling murah bagi spesifikasi yang ditawarkan (sebelum munculnya Samsung Galaxy Ace yang menguasai segmen low end sekarang). Spesifikasi peranti LGP500 ini spt berikut:(http://www.gsmarena.com/lg_optimus_one_p500-review-544.php)


  • 3.2" 256K-color capacitive TFT touchscreen of HVGA resolution (320 x 480 pixels); Multi-touch input
  • Quad-band GSM/GPRS/EDGE support
  • Dual-band 3G with HSDPA (7.2 Mbps)
  • 600MHz CPU running Android 2.2 Froyo; 419MB RAM
  • 3 megapixel autofocus camera; face and smile detection, geotagging
  • VGA video recording @ 18fps
  • microSD card slot, up to 32GB, 2GB in the box
  • Standard 3.5mm audio jack
  • Standard microUSB port (charging)
  • GPS receiver with A-GPS; Digital compass
  • Wi-Fi b/g; Wi-Fi hotspot functionality built-in
  • Bluetooth 2.1 with A2DP
  • Accelerometer for screen auto rotate; Proximity sensor
  • FM radio with RDS
  • Office document editor
  • Portrait and landscape on-screen QWERTY keyboard
  • Social networking integration
  • DivX/XviD support
  • Smart dialing
  • Excellent loudspeaker performance

Spesifikasinya hanya biasa2 saja, tak gempak sangat pun kan. Memang setelah abes exam dan cuti, sepanjang saya menggunakan phone ini, belum menemui sebarang masalah kecuali masalah lag. Aplikasi kurang responsif atau lambat. Jadi, saya pun surf mencari penyelesaian jika ada, untuk improve peranti yang biasa2 ni. Kemudian saya terjumpa forum XDA ini. Di sini, banyak info yang berkaitan P500 dapat dijumpai. Setelah nekad dan berfikir semasak2nya, saya pun ambil keputusan untuk root peranti saya dan flash custom ROM.

Root ini bermaksud membuat eksploitasi ke atas sistem Android anda utk mendapatkan akses kpd fail2 penting sistem tersebut, sebagai superuser (sekiranya anda pernah guna Linux, anda tahu kepentingan superuser atau secara singkatnya, su).
ROM pula boleh dirujuk sbg OS (operating system) utk peranti, untuk senang difahami. Proses utk install ROM ni dipanggil flashing.


Kenapa saya nak buat sume ni? OK. Mari saya terangkan. Pengeluar peranti kebanyakannya telah men'customize'kan Android utk peranti mereka. Tapi kadang2 tidak bersesuaian dengan citarasa pengguna. Sebenarnya, mereka meletakkan kekangan (restriction) kpd pengguna drp mengubah2 sistem yang telah terbina di dalam peranti. Memang tak dinafikan, ini untuk keselamatan peranti pengguna juga, supaya pengguna tak tersilap ubah sehingga merosakkan sistem. Tapi, akibat kekangan ini, keupayaan peranti juga dihadkan dan bagi pengeluar yang tidak peka, banyak bugs yang ada dalam sistem yg mereka bina tu. Kita beruntung kita berada di Malaysia kerana telco2 di Malaysia tak campur tangan dan mengenakan lebih kekangan dan syarat2 kpd pengeluar peranti utk 'mengetatkan' lagi sistem Android. Di US, telco spt Verizon telah campur tangan dan mengenakan pelbagai kekangan pada semua peranti yang dijual melalui pakej mereka dan perlu dipatuhi oleh pengeluar. Hasilnya, peranti2 tersebut mengandungi pelbagai aplikasi yang x berguna (bloatware) dan menurunkan prestasi peranti, tak seperti peranti sama yang dijual di negara lain. 


Di sini la kelebihan root dan custom ROM (sekiranya anda mengikut2 langkah2 yg betul dan tertib). Anda mempunya akses sbg superuser, maka dpt menggunakan app2 yang boleh meningkatkan prestasi peranti. App2 sebegini memerlukan root kerana bagi menaikkan prestasi, perubahan kpd fail2 penting perlu dilakukan.


Bagi custom ROM pula, jangan terkejut. Anda boleh mengalami pengalaman yang jauh berbeza drp masa anda mula2 beli peranti anda. Custom ROM ini dibina (cook) oleh developer2 XDA yg berpengatahuan luas tentang sistem ini. Bagi peranti LG P500 ini, sudah terdapat pelbagai custom ROM yg telah dibina. Anda boleh refer di sini utk root dan custom ROM bagi LG P500, sebagai contoh. Bagi pengguna peranti lain, anda hendaklah search dan refer kpd thread yg berkaitan dengan peranti anda di forum XDA. 


Ada custom ROM mempunyai ciri2 extra, ada pula yang mementingkan konsep minimalist, ada pula yg mementingkan prestasi. Ikutlah citarasa anda. 


Custom ROM yang dah pernah saya cuba:
Devoid.#froyo-final oleh Noejn

openOptimus 1.172.1 oleh ciaox
rjtchn15 CM7-RC1 oleh rjtchn15 (link forum di sini)



Devoid.#froyo-final merupakan ROM yg sgt minimal (kebanyakan app dalam ROM asal LG telah dibuang, hanya app penting saja yang dimasukkan) dan mempunya prestasi yang tinggi. Memang tidak mengecewakan.


openOptimus pula merupakan ROM yg padat dengan pelbagai app dan setting yg mampu meningkatkan prestasi peranti. Tapi, saya tak berapa suka sangat sebab terasa agak 'berat' dengan semua setting dan app2 tersebut.


rjtchn15 CM7-RC1 merupakan ROM yg saya pakai kini. Berasaskan versi Android terbaru iaitu Gingerbread (android 2.3.4) yang diport dari Cyanogenmod (CM) 7, dan tak terlalu padat spt openOptimus dan tak terlalu minimal spt devoid, ROM ini telah menarik minat saya dan prestasi peranti sangat memuaskan setelah memflash ROM ini.


So, inilah pengalaman saya menggunakan peranti Android keluaran LG, LG Optimus One (P500). Mungkin nanti saya akan membuat post tentang cara2 root dan bagaimana memflash custom ROM. Apa2 pun, bagi mereka yang baru saja menggunakan peranti Android, saya ucapkan Selamat Datang ke Dunia Android. Sekian, wassalam :)

(Android logo from android.com)


PERINGATAN: SAYA TAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA PERANTI ANDA MENGHADAPI MASALAH APABILA ANDA ROOT, FLASH CUSTOM RECOVERY, CUSTOM ROM ATAU MENGAPLIKASIKAN SEBARANG TIPS/TWEAKS DRP LAMAN2 WEB DALAM POST NI. DO IT AT YOUR OWN RISK! ROOTING WILL VOID WARRANTY!


P/S: Sekiranya terdapat terms yang anda tak faham, anda boleh bertanya dengan memberi komen. Tapi sekiranya anda ada soalan spesifik berkaitan ROM atau masalah teknikal, adalah lebih baik utk bertanya terus di forum2 berkaitan kerana saya bukan seorang developer. Harap maklum.

Monday, July 4, 2011

Saya nak 'broadway' (ala2 macam broadband), bukan 'highway'...huhuhu

Assalamualaikum..

Cuti yang panjang. Kira cuti ke? Atau menganggur?? Hahaha. Ok2. Basically, memandangkan saya dah tamat belajar tapi belum bekerja, officially called 'menganggur' bukan 'cuti'. Kena siap2 ubah mindset. Saya bukan student lagi. Sedih pulak bila baca ayat tu. Tapi apa nak buat. Hidup kena teruskan juga. Tak boleh la bergelar 'student' sepanjang hayat (semoga hayatku panjang, aminn). 

 Teringin saya nak bercuti kat oversea masa tempoh menganggur ni. Almaklumlah, dengar kawan2, kawan kepada kawan, pegi cuti jao2. Pegi Adelaide, Rome, Korea dan macam2 negara lagi la selain Malaysia ni. Even my parents pergi London. Huhuhuhu. Sedih kan kene tinggal? :((
 
Ok, berbalik kepada topik diskusi kita. (Oit2, ni entry blog ye, bukan thread forum. Take note ye). Baiklah. Sibuk aje :p So, this entry akan menceritakan tanggungjawab lain selain pergi bercuti. (Ewahhhh, bercuti tu tanggungjawab ke cik abang oiii??) Oit, tanggungjawab untuk diri sendiri untuk have fun :p

So, saya jadik 'drebar' untuk adik saya. Sekarang dia dah start praktikal di SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya. Bukan la praktikal, more like field experience untuk pendedahan kerja guru bahasa Inggeris ni macam mana. Ulang alik dari rumah dan saya diamanahkan untuk antar dan jemput adik saya tu. Dari Kepong nak ke sana, faham2 je la, kena lalu LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong). So kena la keluar awal pagi nak elak jam, around 6.30am. So dengan muka sedikit segar (lepas solat Subuh) tapi mata terpisat2 menginginkan bantal, kena juga la bangun dan drive. Terpikir jugak, macam ni la kot saya kena pergi kerja nanti. Well, sebenarnya masa saya sekolah dulu, selalu bangun pun awal juga, 5.30 atau 5.45am macam tu. Tapi dah lama tak bangun around that time. (Puasa nanti siap la kau!!!) Erk, betul gak, nak sahur nanti. Hehe

Ok, so anda tahu lebuhraya kat Malaysia, nama je lebuhraya, in English is 'highway' so selalu la jam bila tiba waktunya, kadang2 sentiasa jam, tak tahu kenapa, boleh dikatakan highway (especially Federal Highway) the largest parking area in Malaysia. (Anda paham tak?? Kalau tak paham, maksudnya anda 'tak lama' dah tu. Baik buat2 paham ye. Hehehe) Angguk3, paham2. Tu la kan, patut tukar ke 'broadway' (jalan lebar), ala, macam 'broadband' (jalur lebar). Saya bukan refer kepada show broadway tu ye, takde kaitan dengan topik. Conclusion, jalan Malaysia ni 'high' je penuh dengan 'flyover' tapi tak cukup 'broad', similar case with 'broadband' (tu pun sama, nama 'broad tapi in reality, 'narrowband' je. Tapi tu citer another entry la kot).

6.30am, on the road heading for the school. Jalan lengang, trafik lancar, no crazy drivers. Yelah kan, driver gila muncul bila diorang nak mengejar masa yang tak terkejar, sebab tu gila. Hehe. Around 7am sampai la kat skola tu. Masa tu jalan depan skola tu pun sesak, parents hantar anak2 mereka. Memandangkan kat nama skola tu ada '(P)', memang nampak pelajar2 perempuan je la kat situ. Budak2, most look comel la, ada yang lawa. Hehe *Wink2* ;)

Lepas antar adik, terus drive nak balik rumah. Around 7.15am, LDP (lane menghala ke PJ) dah sesak dengan kereta. Sampai dekat tol Damansara, hmph, before tol dah jam berjela2 panjang. Lesson of the day, keluar la awal untuk menyelamatkan anda pendek umur sebab stress sangkut dalam jam (Seriusly?!) Ye, kot. Kena research sikit. Hehehe. Alhamdulillah, pergi hantar pagi tadi dan masa ambil adik dalam pukul 1.30pm dan balik ke rumah, semua lancar, tiada sangkut dalam jam yang melampau.

So, tu la ceritera alkisah saya yang tak seberapa hari ni. My advice to all readers, plan your journey ahead to save your time, petrol, and extend your life with more happiness, less stress. Sekian, wassalam :)


Friday, June 24, 2011

Futsal bersama kawan2...

Assalamualaikum.

Tiba2 datang mood nak menaip. So, kali ini, mengisahkan tentang bermain futsal bersama kawan2 (aiyo, tajuk dah ada la cik abang oiiii!!). Hish, biar la, nak tekankan sikit entry ni pasal ape. Lupakan celotehan tadi ye.

23 Jun 2011.
Kawan2 saya ada la buat event notification kat FB, ajak ramai2 bermain futsal minggu lepas. Saya pun, berfikir2, setelah memastikan jadual minggu ni clear, saya pun setuju nak join. RSVP 'maybe attending' je, takut tiba2 ada hal ke, sebab minggu ni agak busy. 

Pada tarikh tu, saya pun datang la ke Puncak Alam di waktu pagi. Mak saya pesan ambil barang2 saya yang masih tertinggal di rumah sewa tu. So saya pun datang dan tolong kawan saya mengemas dapur rumah. Petang tu pukul 3pm, saya pun bertolak dengan Paan ke Sports Planet Seksyen 16 Shah Alam. 

Mengimbau balik, memang dah lama sangat tak main futsal kat sana semenjak dah pindah ke kampus Puncak Alam. 2 tahun rasanya. Tu mengimbau bila last main kat tempat tu, imbau jugak bila last main futsal sebenarnya. Dah beberapa bulan. Kawan2 yang join ialah Shah, Zhariff, Bulat, Salam (tak main tapi datang memeriahkan suasana..hehe), Paan, Fikri, Shahir, Hafiz. Diorang pun ada ajak membe2 masing2 untuk datang join sebab tak cukup orang. 4.30 start main. 

Memang saya pancit la main. Almaklumlah, cuti2 tanam lemak la katakan. Huhuhu. Apa2 pun, it was fun. Plan mula2 main sejam, tapi diorang set jadik 2 jam pulak. Memang jenuh main. Harini memang sakit2 badan dan kaki. Yang peliknya, kena selesema sekali. Adehh. Nampak sangat badan tak fit. 

Entah bila lagi dapat main sama2 ramai2 macam ni lepas ni. Masing2 pasni ada haluan masing2. Moga ada peluang untuk berjumpa lagi.

Ok, badan dah sakit2 balik. Cukup la nak taip setakat ni. Bestnye la dapat baring2 sekarang. Hihi. Sekian, wasalam.

Thursday, June 23, 2011

~Setelah sekian lama....~

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama x update blog ni. Nasib baik la ini bukan buku atau kertas, kalau tak, confirm nampak kuning2 dan lusuh sebab lama tak bukak dan update. Okeh, pe nak update? Ohye. Itulah guna ruangan 'Title' kat atas ni. Nasib baik awal2 dah letak, kalau tak, memang melalut je la nak tulis pe. (Bukan tulis, tapi taip la amir oiiii). Sorry2. Typical mistake. (Tengok, dah melalut. Baik letak tajuk lalutan amir. Jap. Ada ke perkataan lalutan??????????).

Ok2. Cukup. My other self, please let me concentrate. (Yola, kira melalut jugak tu. Ceit).

Tanggal 17 Jun 2011 (Sibbik tulis tarikh, ingatkan tanggal pe tadi. Ish3). Tengok, sape melalut dan fikir lain? 

Pada tarikh tersebut, result exam semester bagi mahasiswa/i UiTM diumumkan. (Helllooo!!! Dia emel ok, tak main dah umum2 ni. Buat abis air liur). Yola2, diemelkan kepada semua pelajar UiTM. Nak cerita detik saya terima emel tu. Malam tu, 12.00am 17 Jun 2011, saya bermuka buku (facebook, FB) seperti biasa. Dan saya ni jenis sering refresh emel, sebab notification FB ni selalu masuk dan memenuhkan inbox, so saya selalu delete la. Nak dijadikan kisah teladan jadikan pengajaran (cewaahhh), saya pun refresh di kala itu. Ternampak emel bermula dengan 'ISIS'. Ah sudahh. Petanda ni. So memang berdebar2 serta merta. Terus klik dan check emel tu. Entah kenapa internet laju pulak malam tu, terus nampak result dalam emel tu. Mata tak lain, terus tengok bahagian bawah kolum 'Grade Point Average'. Terkejut. Terkedu. Tergamam. ALHAMDULILLAH. Tu yang mampu terucap di kala itu.

Memang terkejut dan tak sangka. Awal exam memang target tinggi, tapi masa hadapi last paper (PHR577), memang agak down la sebab susah, pastu dengar pulak jawapan yang macam mana yang Prof Mansur nak untuk soalan dia, memang rasanya target dapat half mark untuk that paper. Tapi, ALHAMDULILLAH, syukur sangat2 lepas tengok result tu. Senyuman terukir di bibir. Masa tu, abah pulak turun. Terus bagitau abah pasal result yang dah dapat. Memang dia gembira. Syukur sangat. Terus saya pun post status kat FB tentang result dah diemelkan. 

Bangga dan terharu jugak tengok status dekat result tu.

Status : TM (Complete)

Setelah 5 tahun di UiTM (1 tahun Pra Ijazah Farmasi, 4 tahun Ijazah Sarjana Muda Farmasi), akhirnya tamat jua. Gembira, sedih, rindu, sebak, semua perasaan bergejolak. Kini menanti tiba hari konvokesyen. Dalam tempoh ni, memang digelar penanam anggur berjaya la. Hehehe. 

Ohye. Sebelum ni, lepas exam hari tu, dah dapat surat lapor diri daripada JPA untuk semua pemegang biasiswa JPA. Selepas result exam diumumkan tu, saya dan kawan2 semua bertungkus lumus la untuk mengisi borang dan menyediakan dokumen untuk lapor diri tersebut. Banyak info yang dapat berkaitan dengan lapor diri tu. Rasanya kami semua dah berjaya lapor diri seperti yang dikehendaki JPA, cuma beberapa dokumen belum boleh disediakan sebab dokumen2 tu akan kami dapat lepas konvo nanti.

Ni info untuk lapor diri JPA 2011 bagi mahasiswa/i Fakulti Farmasi UiTM untuk tahun 2011:


Submit beberape dokumen ni dalam tempoh 30 HARI SELEPAS RESULT SEM 8 DIUMUMKAN iaitu 17 Jun 2011 :

1. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian
http://www.jpa.gov.my/borang/pelajar/lapordiri2010.pdf*utk Perkara No. 12, TARIKH MULA (refer tarikh yang tertera pd surat tawaran masuk degree) TARIKH AKHIR (refer tarikh senat kluarkan exam)  TARIKH MULA : 060707 TARIKH TAMAT : 170611 (info dari Anis)
Perkara no.11 = A
               no. 15 = Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
               no. 16 = B.Pharm (Hons.)
               no.19 = Kosongkan, nanti pegawai JPA tolong isi bila borang tu sampai               Tarikh bawah perkara 20 ialah tarikh isi borang

2. Salinan printscreen bukti permohonan pekerjaan dengan SPA
masuk website ni dan sekiranya xdepe nk diubah, just submit semula, tapi jangan lupa printscreen page yg muncul after submit borang, yang ada ayat tertera 'anda telah berjaya mendaftar dengan SPA' atau yg sewaktu dengannya

Bg yg ada masalah dgn borang online SPA, boleh semak status dan print dari website ni:http://putra3.spa.gov.my/online/semakonline/status_daftar.jsp

3. Salinan result sem 8 yang telah disahkan lepas result kuar 17 Jun

* anda TAK PERLU DATANG KE PEJABAT JPA. setelah anda pos/e-mail 3 dokumen tersebut dan pos anda sampai ke JPA, anda telah dikira melapor diri dengan JPA dengan jayanya.

* 3 dokumen tersebut boleh dipos ke alamat

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
UNIT PASCA PENGAJIAN, ARAS 5 BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA

atau boleh e-mailkan terus kepada Nor Amalia di:
amalia.kassim@jpa.gov.my
(tajuk emel anda ialah 'Borang Lapor Diri JPA' dan state nama dan no.ic anda dlm emel tersebut)

atau fakskan terus dokumen2 tu ke 03-8881 074

Tu bab lapor diri JPA. Sekarang hal SPA pulak. Kami harap pihak fakulti tak bertangguh dan mempercepatkan penghantaran result kami kepada SPA untuk diproses bagi mendapat surat penerimaan jawatan. Cepat dapat surat ni, cepat dapat kerja. Hehehe. So yang ni masih pending. Akan saya update melalui blog saya ye bagi mereka yang follow.

Setakat ni je kot untuk malam ni. Pasni saya cuba untuk update blog kerap sikit. Kang tiba2 ada bunyik cengkerik pulak. Krikkk3. Pastu ada angin lalu. (Helllloooo. Tu bermaksud sunyi. Tak melambangkan lambat update. Tak nak bunyik cengkerik, letak la gadget2 lagu tu kat blog macam blog2 orang lain. Aiyoyoyoyo). Ish, sibuk je. Suka ati saya la. Hmph!

Ok2. Sampai sini je saya melalut untuk malam ni. My other self dah bising2. Hahaha. Selamat malam.

Sekian, Wassalam.

P/S: Nak cakap yang setelah sekian lama, ku update jua blog ku ini ;)

Saturday, June 4, 2011

Rukunegara

Assalamualaikum.

Ok. Malam ni terasa nak meluahkan pendapat sikit. Sekarang ni, macam2 isu membelenggu hidup kita. Berterabur dalam suratkhabar, tenggelam timbul dalam internet, berdengung2 di corong radio dan TV. Harap pembaca semua at least follow la isu2 semasa ni.

Apa antara isu2nya? Okeh. Nak tau? Antaranya, isu politik (takleh cakap kat sini, takut kena tangkap ISA, buat naya je), isu kesejahteraan dan keharmonian awam (perhimpunan haram sana sini, isu2 sensitif), isu tentang keruntuhan akhlak (kes buang bayi berleluasa, jenayah sana sini) dan macam2.

MACAM MANA SEMUA NI BOLEH BERLAKU??!!
HOW CAN THIS HAPPENED?

Saya akan bagi pandangan as seorang rakyat Malaysia (tak kira bangsa dan agama). Pandangan secara umum. Mula2, kita lihat dan hayati balik Rukunegara yang dah sememangnya mapan untuk membentuk jatidiri seorang rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa.

IKRAR dan RUKUNEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Ikrar ini, saya masih ingat lagi, saya pernah laungkan setiap kali perhimpunan semasa sekolah rendah di SKTTDI (1) dan sebagai pengawas di sekolah sama, saya pernah lead ikrar ni. Pada saya, ikrar ni dah cukup mantap untuk memberi kesedaran pada kita tentang pentingnya prinsip2 yang disebutkan untuk kita pegang sebagai seorang rakyat Malaysia.

Pada saya, zaman sekarang ni, tak ramai ambil berat dan tak ramai yang betul2 menghayati Rukunegara. Ramai yang mempersoalkan isu2 sensitif, sedangkan cuba tengok prinsip ke-2, ke-3 dan ke-4. Sekiranya semua rakyat termasuk pemimpin hayati prinsip2 ni, perkara berkaitan perlembagaan takkan diungkit sama sekali. Pemimpin pulak akan fikir dan jalankan tanggungjawab diorang penuh kesungguhan sebab kesetiaan yang diberikan oleh rakyat. Undang2 kita pun akan sentiasa berkuatkuasa dan digeruni, lantas sebarang jenayah atau perkara yang menggugat ketenteraman awam dapat dibanteras.

Tentang isu sosial dan akhlak, prinsip ke-5 memang menegaskan seorang rakyat Malaysia perlu mempunyai akhlah kesopanan dan tatasusila yang tinggi. Sekiranya ini dihayati, masalah gangster, along, isu buang bayi, zina dan maksiat berleluasa dan masalah sosial dan akhlak yang lain dapat dibendung.

Prinsip pertama, pada saya, dah mencangkumi semua. Semua yang menganuti agama masing2 (bukan just hanya agama pada kad pengenalan je), pasti paham apa perkara2 terpuji dan terbaik lagi positif untuk memastikan kesejahteraan semua pihak.

Ini merupakan pendapat dan kupasan saya untuk malam ni. Sebagai seorang rakyat Malaysia tak kira bangsa Melayu, Cina, India atau lain2, ini merupakan pegangan kita, jatidiri kita. Tolong kembali hayati semula Rukunegara kita.

Sekian, wasalam.

Monday, May 30, 2011

once in a long while...

Assalamualaikum.

Pe nak citer ye kat korang2 yang sudi baca neh? Another luahan hati lagi, no doubt. Musti ada yang macam 'ape la amir ni. marah2 je kat blog ni' atau 'hekeleh. pe la punye entry' atau 'ko ni memang takde sebab ke nak buat blog ni?' Terpulang la pe korang nak cakap, ada aku kesah??!

Its been quite some time saya bercuti dengan keluarga saya. Ni la sebab saya tak dapat datang wedding kak syira. Susah nak dapat peluang nak bercuti dengan family. Apetah lagi bila dapat kerja nanti. Entah mana2 kena campak. Kami ke PD from Friday evening until Sunday afternoon. Menginap kat Corus Paradise Hotel. Dah cuba cari tempat lain tapi dah fully booked. Hotel ni je yang ada kosong bila contact last week.

Hotel ni boleh kata ok, not too bad. Tapi ada banyak lagi hotel yang bagus drp ni. Kelengkapan asas semua ada tapi design bilik a bit tak best sebab ada tiang kat dalam bilik tu. Macam pelik, tiang tersesat kat dalam bilik. Maybe nasib kitorang kot dapat bilik tu. Actually amik 2 rooms (connected) dan salah satu bilik tu je yang ada tiang. Pemandangan menghadap, which is very nice. Dia siap ada lagoon kecik kat pantai dia, nampak le macam huruf C. 

Food breakfast so-so je kat situ. Tak banyak pilihan. Pastu tak berapa berkenan nak mandi kat pantai hotel tu sebab nampak longkang besar alir air kat situ. Huhu. So kami mandi le kat Tanjung Biru. Memang tak buat banyak aktiviti pun. Have to admit, pergi bercuti dengan kawan2 sangat menarik, exciting dan best. Pergi bercuti dengan family is more towards relaxation. Memang relax habis. Hehe. But 1 benda yang saya perasan, my parents have a good time. 1 family dapat mandi laut kat Tanjung Biru tu sebab ada tandas awam yang siap shower dan utk salin baju utk laki dan perempuan, so mudah sikit utk mama dan adik. 

My parents seems to have fun. Its a nice feeling and also sad. Nice and happy because dah lama tak dapat 1 family mandi laut sama2. Sad sebab its rare, susah nak selalu macam ni. Its make me scared if pasni takde peluang lagi nak tengok suasana macam ni. Selalu kat umah tense up, especially since that darkest incident happened. Its hard for them to be happy, like, totally happy, utk sape2 yang tahu.

So to friends out there, appreciate of the time and moments that you have with your family. Cherish those moments.

Sekian, wasalam.

p/s: Jumpa dengan Mr Syed Adnan dengan family dia kat hotel tu. Anak dia comel. Haha

Thursday, May 26, 2011

another luahan yang sangat membengangkan

Assalamualaikum.

Ok, bengang sangat. Tapi sibbik kejap je. Sometimes, kita sangat ambil berat pasal kawan kita, bestfriend kita. Tapi kita tak dilayan macam tu. Haish. Bukan main la kita concern, tapi dia acuh tak acuh je dengan attention and susah payah kita. Sedih seyhhh...

Second, ada minah ni add YM aku. Pastu tegur aku. Helooo...Ingat aku ni jenis layan gedik orang yang aku tak kenal ke? Dah aku tak kenal ko. Aku tanya la soklan 'macam mana awak dapat emel saya' blabla. Ko tak nak jawab, nak aku tanya soklan lain. Amboi. Banyak cantik. Fine! Aku tanya len. Ko cakap 'bosan la'. Ni melampau. Aku tengah being nice nak make conversation. Ko pulak dah buat perangai. Ingat aku nak hadap sangat chatting ngan ko? Kalo muka cantik pun, entah macam mana perangai ko dengan gaya chatting ko yang takde kerjasama dan perasan sorang2. GEDIKZZZ!! Hish! Pastu ko tak reply2 kan. Memang kurang aja la ko ni!

Sekian, wasalam.

Wednesday, May 25, 2011

Kriteria Bakal Calon Menantu Mamaku (Calon isteri aku senang citer)

Assalamualaikum.

Ha, entry paling pelik pada hemat saya. Nak cari calon ke cik abang oii?
Hahaha. Harini ke Subang, rumah mak induk. Yang pergi sana saya, mak saya dan adik saya je. Seronok betul sepupu saya, zafri (baru 5 tahun, tadika sudaa...tapi perangai, wadoii, kalo tak sabar, rasa nak lepuk je) bermain dengan kitorang. Ok, sambung pasal topik ni.

Jujurnya, saya dah jumpa calon saya. Cuma just nak share kriteria yang bakal diletakkan oleh kaum2 ibu kepada kaum hawa tentang kriteria keinginan diorang. List ni disusun tak ikut priority ye, semua sama penting. 

1. Kuat pegangan agamanya. Memang wajib tengok benda ni. Lepas pergi kursus pra-perkahwinan tu, memang ini sangat100x ditekankan. (termasuk untuk lelaki gak. Jangan ingat anda terlepas ye).

2. Jangan berkira. Ni memang kepantangan mak aku la. (entry ber'aku' ye. hehe..). Asalkan calon aku tu tak berkira, especially dengan family, confirm terus boleh ngam dengan mak aku. Penat gak la nak layan orang berkira in long-term kan. 'Bang, saya ada beli gula2 untuk anak siang tadi. Tolong bayar balik 50sen'. *geleng kepala*

3. Kena pandai bergaul dan independent. Bukan bergaul maksudnya bersosial, tapi bermaksud pandai bawa diri bila dengan family yang baru kenal. Tak boleh nak dok berkepit je (alamak, aritu aku berkepit je dengan dia kat open house dia...bahaya ni...mau fail aku kalo parents dia test aku..huhu). Well, as long boleh get along fine with all family members dan tak dok diam je, ok la 2 (ni tips nak pass. Hehe)

4. Pandai masak. Memang la masak tu boleh belajar lepas kahwin, tapi ibu2 yang dah terer memasak ni, takkan la nak lepaskan anak bujang diorang kahwin pastu makan makanan yang tak sedap? Saya faham perasaan ibu2 macam ni. They want the best for their sons (well, better diorang sendiri cari calon kan..hehe)

5. Baik budi pekerti, sopan santun dan tutup aurat. Kriteria ni memang wajib. Saya pun letakkan ni kriteria saya jugak. Memang orang kata, boleh didik isteri tutup aurat lepas kahwin, tapi how successful that can be if isteri tu tak faham dan tak mahu faham dan orang kata, belum sampai hidayah? Siapa2 yang pergi kursus pra-perkahwinan tu akan tahu kenapa penting isteri kena tutup aurat. Dan perlu ikut nasihat suami if suami nasihatkan tutup aurat. Free hair, what ever hair la yang you tunjuk, saya tetap memilih yang bertudung. Ayu, lagi sopan dan bertatasusila.

Ni 5 major kriteria yang seorang ibu kepada pihak lelaki mahukan untuk calon menantu dia. Ada banyak rasanya. Saja tak nak mintak mak aku listkan, mau berjela2 dan particular. All in all, pada pandangan saya sebagai pihak lelaki, kriteria saya mudah aja untuk memenuhi kriteria ibu saya tu:

1. Pengangan agama. 

2. Kriteria 1 akan terus membawa ke sini. Baik akhlak, budi pekerti dan menutup aurat. 

3. Kriteria 1 dan 2 pun akan membawa ke sini. Pandai dan bijak bergaul, tahu batas2nya.

4. Yang ni saya tak tahu la kriteria atas2 tu boleh lead ke kriteria ni ke tak. Tak berkira.

5. Pandai masak. Rasanya, kalau wanita2 yang sering tolong mak2 mereka kat dapur tu, patut skill memasak tu dah sememangnya ada la sebelum kahwin.

6. Percaya pada pasangan (it goes both ways to lelaki as well). Takde trust atau kurang trust, atau terasa insecure gila2 melampau sampai membataskan persahabatan pasangan (masa belum kahwin lagi), sangat2 la tak berkesan perkahwinan tu. Kepercayaan itu penting. Tapi, perlu sentiasa ada perbincangan terbuka antara pasangan la. Be open. Memang takkan lari sifat cemburu dan jealous, tapi masing2 kena berusaha untuk kurangkan rasa insecure pasangan dengan cara sentiasa ada perbincangan terbuka, jangan sorok2, dan jangan mengongkong tak tentu pasal. Bila mengongkong sangat, pasangan akan more tend to memberontak, thus worsening the condition. Ye, kawal pergaulan, tapi persahabatan tak patut dikongkong. Dah kahwin tu, haa, tu lain cerita. Saya belum kahwin, so tak tahu la. Rasanya, time tu, baru la kita boleh strict dengan pergaulan dan persahabatan. 

So arini agak kelakar. Tak sangka akan bincang benda ni. Dan mak saya dah acknowledge tentang hal2 makwe neh. Siap mak induk bagitau pasal test untuk check gal tu pandai bergaul ke tak. Huhu
Ok kawan2. Any opinions nak share, you are most welcome to. 

Sekian, wasalam :)

Sunday, May 22, 2011

Musim cuti terasa banyak opportunity cost....

Assalamualaikum.

Yeah. Macam2 yang bermain di benak fikiran ni. Macam2 masalah, macam2 pilihan yang perlu dibuat.
(Macam la ko ni banyak nak fikir, ko tu saje je nak serabutkan pale otak sendiri...Amir2..Ish3)
Suka otak aku la. Sibuk je.

Ok2. Cukup2 bermonolog. Nanti ada orang kata saya dah start jadi Merong, eh, silap, mereng (perasan nak jadi hero kejap..hehe)

Musim cuti (especially yang dah start 'tanam anggur' ni), banyak perkara sebenarnya yang kita boleh buat untuk isi masa lapang. Kerja, belajar menjahit, memasak, jadi driver, main komputer, shopping (bagi penanam anggur yang masih ada duit JPA..hehe), undangan majlis kahwin yang datang bertimpa2 (bak kawan kepada kawan saya kata, sekarang musim mengawan...hahahaha). Tapi malangnya tak semua tu kita boleh laksanakan. 

Saya teringin nak kerja. Tapi banyak perkara merisaukan saya. Minggu lepas, dah 2x saya berulang alik ke SALAM Senawang Specialist, tolong ayah saya berubat. DugaanNya, ayah saya tak berapa sihat. Jadi, saya tak berani nak bekerja sementara ni sebab mungkin ini je la waktu yang saya boleh berbakti sepenuhnya pada keluarga. Nanti kalau dah dapat posting, sukar untuk saya menjenguk mereka. Kalau dapat dekat, tak mengapa lagi, kalau dapat jauh, macam mana?

Undangan majlis kahwin pun dapat non-stop, almost every week ada. Tapi family saya dah susah dapat peluang nak pergi bercuti sama2. So, saya mohon maaf kepada kawan2, senior2 yang mana jemputan kalian tak dapat saya penuhi kerana perlu dahulukan keluarga. Sape2 yang rapat dengan saya, anda tahu keadaan sebenar keluarga saya macam mana. Huhu

Buat awak, peluang nak jumpa awak memang ada, terbuka depan mata. Tapi apakan daya. Banyak benda yang saya kena buat dan fikirkan, rasanya awak pun sama. Apa2 pun, saya cuba untuk jumpa awak sekerap yang boleh dengan keizinan parents saya. Nanti bila saya dah posting, entah ke mana2, mungkin dah jarang dapat peluang jumpa awak. Huhu

Sekian coretan buat kali ini. Macam2 nak taip, tapi berkecamuk. Maaf ye entry saya ni asyik pendek2 je. Wasalam.

p/s: Selamat pengantin baru, Mariah. Sorry can't make it to your wedding. Same goes to Kak Syira. Saya mintak maaf ye, kalian. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Saturday, May 21, 2011

Sepanjang 4 tahun ini....

Assalamualaikum.


Hi everyone! Do you miss me?? (eceh, perasan macam la ada orang tertunggu2 update blog ko, amir)
Atas permintaan Nadzwareina dan Mardhiyah, maka saya pun akan mula update blog saya yang dah sunyi ni.

4 tahun...4 tahun ape? single? putus couple? kahwin (oops..ini bukan ye)?
Semua tu salah!! 4 tahun saya berada di UiTM mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) kod PH210, akhirnya, tamat sudah setelah habis peperiksaan akhir sem terakhir di Kampus Puncak Alam pada 9 Mei 2011.

Sepanjang 4 tahun ini...
Penuh rona dan warna yang menghiasi memori dan lembaran hidupku ini.
Penuh onak duri yang ditempuhi sepanjang perjalanan ini.
Penuh pahit dan manis yang dirasai.
Penuh air mata dan hilai tawa memecah kesunyian hati.
(kadang2 still rasa sunyi gak...time tu la dengar bunyik cengkerik..krikk..krikk..)

Sepanjang 4 tahun ini...
Pelbagai ilmu yang dipelajari.
Pelbagai tanggungjawab digalas setulus hati.
Ikatan persahabatan disimpul sekuat hati.
Pelbagai konflik menyerabutkan kepala ini.

Sepanjang 4 tahun ini...
salah silap telah dilakukan
hati rakan telah dikecil dan dilukakan
bahasa kasar diterucapkan.
ku mohon maaf dan ampun, kawan2 sekalian.
ku ucap terima kasih atas segala pertolongan dan memori yang tercipta.

Harap pantun entah berapa kerat lagi tak seberapa ini dapat merumuskan apa yang nak disampaikan.
Kawan2, terima kasih banyak2, tolong membantu saya dari segala aspek, tolong sabar dengan kerenah saya yang bermasalah ni, tolong sama2 mencipta memori sepanjang 4 tahun ni :-)
Saya mohon kemaafan dari kawan2 semua atas segala salah silap saya, kata2 saya yang kasar sehingga melukakan hati kawan2, sikap saya yang menyusahkan kawan. maafkan saya :-(

Sekian, wasalam.

Monday, April 18, 2011

~Hosp Presentation yang Cuak~

Assalamualaikum.

Dah lama dah takde update kat blog ni kan? Almaklumlah, blog yang simple. Masih belum reti nak melawakan dia. Nanti ada masa akan direvamp. Cewah. Ada ke anda2 diluar sana yang menanti2kan update blog ni? Walaupun blog yang simple, harap ada la peminatnye (ayat poyo...perasan lebey..hahaha)

Rasanya akan dalam beberapa menjak akan datang ni akan kurang update sebab musim exam dah nak start. Almaklumlah, exam kena study (tapi ko study depan laptop gak). Ala, depan laptop pun, tengok nota dan buku gak (poyossss...ko study Mukabuku @ Facebook..hahaha).

Dah2. Melalut aje atas tu. Sebab tak tahu nak taip ape. Ok. Kita start dengan kisah hospital presentation. Ada macam2 nak share. So akan dibahagi ikut perenggan ye (macam biasa belajar kat sekolah dulu).

~Hospital Attachment Presentation  12 Apri 2011~


Persoalan semasa hospital attachment di Hosp Selayang:
Sorang present 1 kes atau 1 group 1 kes??
Pn Shazwani dengan happynye decide sorang 1 kes (sebab refer dalam manual taip 'every student have to present a case'). Tapi taklimat koordinator Mr Chin Ken Lee cakap 1 group 1 kes. So kami yang attach di Hosp Selayang (berapa ramai ntah. Lupa. Aku yang tiap2 pergi dan balik hosp buat headcount pun dah lupa. Adoiii. Manual kat Puncak Alam la pulak. Takpe. Nanti akan diberitahu kemudian) decide secara underground (kat group FB je..poyosss je underground konon..hahaha) nak confront Pn Shaz untuk kami present 1 group 1 case. Kelakar bila pikir dan baca balik post dan komen kat group FB tu. Hahaha. In the end, lepas habis hosp attachment, dah decide 1 group 1 case ikut cadangan asal Mr Chin.


List dan venue presentation pun keluar beberapa hari lepas kami tamat attachment.
JENG3!!
PROF MANSUR??!!
Memang cuak terus dan tiba2 terus tension. Ape yang Prof selalu tanya neh? Tengok student group PBL dia pun selalu bertungkus lumus prepare dan akan sentiasa dapat cerita tentang2 komen2 dia lepas mereka tamat setiap sesi PBL. Wadoiiiiii. Macam mana ni??!! Berusaha jugak la kami 1 group (saya, Aten, Farah, Maya, Jo) menyiapkan slide. Sehari before presentation (11 Apri 2011), kami dengan rakan2 group HTAR yang akan present dengan Prof Mansur, berjumpa Prof untuk tunjukkan slide dan kes kami. Alhamdulillah, Prof sangat baik dan terus directly beritahu pe yang kurang pada slide dan kes kami. Sepanjang hari tu, kami lepak di bilik aktiviti yang sejuk lagi membekukan kepala (tapi hingus x beku2...pelik2..hahaha) menyempurnakan slide kami dengan guidance Mr Shahezwan. 2x Mr Ewan datang dan tolong guide kami (tengah hari, Mr Ewan lunch dengan lolipop finishing school je..huhu..dan petang).

D-Day....
12 April 2011....
Kami gerak awal tapi boleh la pulak DK10 tu kunci. Ada ke patut. Rasanya memang DK tu dah dibook untuk buat presentation tapi tak dibuka. Abang Hassan yang selalu handle bab kunci pulak time tu kat Johor. Torbaek sangat la. Dia soh kitorg cari sorang akak ni kat Labcom Level 5. Saya dan Fathi bertungkus lumus mendaki tangga sampai level 5 sebab lif yang sangat lembab dan ramai orang. Kami tak nak membiarkan Prof tertnggu2 dan kami sememangnya selalu prepare on time ketika presentation PBL, tapi tak sangka sistem admin sangat bermasalah sehingga DK yang dibook kekal terkunci sampai masanya. Kami sampai di Labcom level 5, bilik staf berkunci dan tiada orang. Contact number yang ada dekat pintu ialah no. ofis (telepon tu kat dalam bilik takde orang tu. bengong kan? sampai abes kredit la ko call x berangkat2. bengap gak nape letak no ofis as contact number). Last2 kami pun turun kerana give up dengan kerenah admin yang susah nak ada bila kami perlukan mereka (sebenanya, diorang WAJIB ada sebab hari tu dah sememangnya presentation hosp attachment kami 1 batch 103 orang neh. Sepatutnya semua DK dah dibuka untuk kami kerana dh dibook, tanggungjawab mereka nak buka. Mana pegi orang2 yang sepatutnya neh? Setakat jaga kunci, ko hilang p mana? xkan ko sorang je jaga ofis tuh? x logik. HUH! Never like this kind of attitude org2 admin neh!)


Akhirnya, dengan penatnya, kami turun dan Fathi suggest tukar ke DK7. Sibbik junior baru abes kelas dan tak pakai DK tu. Kami pun setuju. Ketika tu Prof Mansur dan Prof Salmiah (dengan tiba2 dia cakap nak join tengok presentation kitorg) pun setuju dan masuk ke DK7.
Prof Mansur: (dia tanye dak2 jr dalam DK7 tu). Kamu ni pelajar mana?
Jr: Kami pelajar farmasi. Part 2.
Prof Mansur: Ha, kamu jangan pergi mana2. Abg2 dan kakak2 kamu ni nak present kes hosp attachment. Dorang ni nak present benda yg salah ni. Baik kamu tgk, nnti kamu kene buat jugak benda neh.


Adoiii. Tambah audience lagi. Apa2 la Prof. Lets get this over with. Untung jugak junior2 neh diberi pendedahan awal2. Xla macam kitorg yang terkontang kanting xpenah dapat peluang tgk presentation senior sebelum neh. So, group HTAR yang terdiri daripada Fathi, Salam dan Afifah present dulu. Kes mania. Sekejap je dorang present. Ngam2 ikut time limit.  Usai sesi soal jawab dengan Prof Mansur, giliran kami pula dari Hosp Selayang present kes subarachnoid hemorrhage. Agak lama dan terover limit sampai saya perasan dedua Prof menguap2. Huhu. Mintak maaf prof2 sekalian. Sesi soal jawab pula. Soklan 1st xle jawab. Prof cakap 'Ni kene tolak 1 markah ni'. Adusss. Sibbik soklan seterusnya boleh jawab. Setelah selesai, terasa sangat lega. Last group from Hosp Kajang terdiri daripada Naoh, Ayu, Shahnaz dan Kak Mun. Group paling lama kene komen sebab tiada evident-based. Huhu. Dapat word of d-day 'Kari'. Diorang present kes DKA yang perlukan laparatomy dan postoperative dan discharge management untuk patient tu. Pape pun, overall, kami semua lega setelah berjaya mengharungi sesi presentation tadi. Scene kelakar, Prof Mansur pandang belakang nak tanya pendapat junior dok belakang dia, time tu junior tu dah bangun packing barang nak keluar. Nampak la muka gelabah junior tu, siap letak beg balik. Hehehe. Dapat juga kata2 nasihat dan semangat daripada kedua2 Prof. Thank you very much Prof Mansur dan Prof Salmiah atas pandangan dan nasihat anda berdua. 

That's all for today. 
Sekian, wasalam :)

Team Presentation with Prof Mansur and Prof Salmiah at DK7 on 12 Apri 2011.
Kedua2 Prof takde dalam gambar sebab ada staf dah panggil diorg untuk hadir jamuan ringan untuk sesi presentation student postgrad. 


 P/s: Gambar kt atas tu konon nak ikut ketinggian. Hehehehe