Wednesday, February 23, 2011

WCC, PBA, DLA, FPD... pe la byk huruf2 neh?? baca dulu baru tahu ye ;)

Assalamualaikum.

Salam buat semua yang membaca (sape2 je la yang baca blog merepek aku ni? luahan hati yang membosankan). Apa2 pun terima kasih kepada yang sudi membaca. Post hari ni pun atas desakan daripada blogger tegar, bf saya iaitu nadzwareina yang comel (comel ke? memang comel especially dengan tudung lilit dia tu. Muka nampak bulat dan kiut.. Jangan kembang2 sangat ye, cik nadzwareina. Haha)

WCC...
Ape tu? PWTC ke? Adik beradik WCG ke? Semua tu salah ye.
WCC = White Coat Ceremony
Huyooo... Ada majlis white coat ke? Tak pernah dengar kan? Tapi itulah tradisi di Fakulti Farmasi di mana semua pelajar semester akhir mengangkat sumpah untuk menjadi farmasis yang profesional dan beretika. Jujur memang semangat masa angkat sumpah tu. Tapi terasa tanggungjawab berat dah terletak kat atas bahu lepas tu. Dapatkah aku memenuhi sumpah tu? Semoga kami yang bakal graduate ni berjaya memenuhi segala tuntutan profesion kami. Aminn....


PBA...
Ha.. ni apa pulak? Adik beradik PBL ke? Hahaha.. Salah tu ye. 
PBA = Pharmaniaga Book Prize Award
 Pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Pharmaniaga untuk mahasiswa/i terbaik (untuk senior yang dah graduate tahun lepas). Serba sedikit tentang Pharmaniaga. Ini merupakan pharmaceutical company terbesar di Malaysia dan mendapat konsesi daripada kerajaan Malaysia untuk supply ubat2 untuk semua hospital dan klinik kerajaan. 3 orang senior dapat anugerah ni. Memang rasa bangga dengan diorang dan teringin rasanya nak dapat award tu jugak (kalau ada rezeki la.. sem lepas tak dapat AD.. huhu)

DLA..
Jeng3. Dah malas nak teka ye? Ok2.
DLA = Dean's List Award
Ni untuk sape2 yang dapat AD (atas saya terlupa nak bagitahu AD tu apa. AD = Anugerah Dekan). Nak dapat status AD ni result GPA exam sem lepas kena dapat > atau = 3.5. Bangga tengok kawan2 sekelas seramai 7 orang naik pentas tapi sedih sebab diri sendiri tak dapat. Tu la amir, ko malas, tak study. Huhu. Harap sem akhir ni boleh lagi dapat peluang untuk dapatkan AD. Aminn


Ada lg 1 program tapi tak tahu nak letak abbreviation apa. Junior part 4 pergi Jerman. Ada program international kat sana. Cara penyampaian junior tu menarik, kelakar dan penuh keyakinan. Cuma saya harapkan dia boleh tambahkan pengisian dari segi pe yang dia belajar kat sana dan apa yang diperoleh daripada kelas yang dia attend kat sana. Kalau setakat berdiri kat depan dan nak buat orang jeles sebab dia pergi Jerman, err, tak de makna kot.


Agak terkilan sikit hari ni. Saya bosan so saya nak SMSing dengan besfren saya (ni bukan cik nadzwareina ye) tapi dia tak reply2. Dia ada bagitahu enset tinggal kat umah tapi lepas balik pun tak reply. Tak tahu la hari ni saya ni just menyibuk atau susahkan dia ke. Terdetik jugak, sebab hari ni dia amik DLA tu ke dia tak reply? Almaklumlah. Sebelum2 ni, saya sentiasa cuba reply semua sms dia walaupun saya terlambat atau tertinggal enset. Tapi tu la, tak semua orang sama. So, amir, sabar je la. Pasni kalo ko bosan, tenung notes tu lagi baik kalo dah orang taknak layan ko. Ok2. Akan ku cuba (selalunya gagal neh. huhu)


Tak faham jugak dengan Pharmaniaga tadi. Kenapa dia tutup health check up tu cepat sangat? Macam la kami semua yang dalam dewan ni boleh keluar ketika program berlangsung. Kecewa di situ sebab teringin nak buat health checkup nak tengok keadaan kesihatan diri ni. Cewahhh.
(Sedangkan just nak tengok berat badan turun ke tak lepas berfutsal untuk Piala Dekan last week dan berjoging. Bukan apa, kalau berat turun dan berhasil, at least tambah semangat nak teruskan aktiviti2 sukan ni, betul tak? hehehehe)


 Nak cerita apa lagi ye? Nadzwareina, nanti tolong bagi idea sikit. Dah panjang dan melalut dah ni. 
Haaaaa.... Ada lagi 1 perkara...


FPD..
Ni bukan saudara FDA. Ni ialah Futsal Piala Dekan yang diadakan ahad lepas 21/2/2011. Banyak nak taip sebenarnya tapi saya highlightkan beberapa perkara je la ya. Takut ada orang marah. Ini pun sekadar pendapat dan pandangan sahaja.

1) Kurang pengisian
Takde senamrobik macam dulu (macam la aku pergi senamrobik pun dulu2.. haha). Tapi still ini merupakan acara yang biasanya ada sebelum2 ni supaya player2 dan penyokong boleh memanaskan badan. Selain tu, ada lagi pertandingan cheer, tapi digantikan dengan batch mana paling meriah (rasanya macam tu la kot nama pertandingan tu). Ok la tapi lagi best kalau tambah pertandingan cheer tu. Lagi menarik. Jeng3 >;)

2) Lagu/hiburan ketika event
Sekejap ada, sekejap takde. Ada member komen yang diorang tak buat playlist ke? Hmm. Saya tak kisah sangat tapi ada member komen, saya letak sini.

3) Terlalu banyak kumpulan
Tak tahu la tapi macam agak banyak, especially dengan staf dan alumni lagi. Ingin tahu significant jemput alumni untuk bermain futsal kerana mereka rasanya dah tiada kaitan dengan fakulti. Apa2 pun, rasanya ada sebab positif jugak jemput mereka main seperti memberi mereka peluang untuk bermain sebab dah keje ni dah takde masa sangat nak main2 ni. Huhu

Positif:
 1) Good management
Rasanya tahun lepas punya sangat kucar kacir daripada ahad lepas. Tahniah kepada batch part 2 tahun ini kerana menganjurkan FPD dengan jayanya :)

Rasanya point positif atas tu dah boleh merumuskan segala komen positif saya. So, tak perlu saya nak taip panjang2. Saya bermain jugak pada hari tu. Walaupun dapat bermain 5 minit dan kene bantai dengan bola kat muka sampai berpinar2, saya tetap puas hati. Tahniah Part 8 kerana berjaya menang batch paling meriah dan team futsal laki (Shah, Bulat, Paan, Wak, Sidq, Fik, saya) dapat nombor 4. Paling nak bagi penghargaan is team futsal perempuan Part 8 (team seven eleven) kerana jadik juara 4 tahun berturut2 termasuk tahun ni. TAHNIAH!!!


Sekian sahaja kot untuk post kali ini. Wasalam. 

No comments:

Post a Comment