Friday, February 25, 2011

Luahan Hati Seorang Insan Biasa...

Assalamualaikum.

Post kali ni rasanya lain sikit kot. Rasanya saya jarang la menceritakan perihal diri saya ni. Selalunya post2 saya macam diari yang penuh tulisan dan asyik tak konsisten. Huhu.

'Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan vice versa, betul tak?'
'Pasangan suami isteri cantik bagai pinang dibelah dua.' 
Kenapa ko ni amir? Dah terbuang tebiat ke? Ko nak kahwin ke? 
Bukan2. 

Saya hanyalah seorang yang biasa. Tak reti nak bergaya. Tak la hensem macam kawan2 saya yang lain tu. Bila fikir2kan, ada baiknya besfren saya mintak clash dulu. Yelah, dia cantik dan bergaya. Saya langsung tak sepadan dengan dia. Memang dia lagi layak untuk jumpa yang lebih baik daripada saya. In terms of family pun, rasanya memang berbeza jugak la, she's better than mine, I think.
Ya, saya dah move on tapi kadang2 saya tak boleh elak daripada fikir2 benda2 macam ni. Haha. Bila tengok cermin dan nampak diri yang dh tembam sikit, badan pun takde tough macam bodybuilder, kadang2 fikir ada ke yang berkenan kat saya ni. Tengah berusaha dengan berjoging, futsal, control diet sikit2 (setakat mana yang boleh la).

Jujurnya hati saya berkenan pada dia (untuk sape2 yang follow post2 saya, anda tahu sape yang saya maksudkan). Dah beberapa kali keluar dengan dia. Entah kenapa saya terpikir pulak pasal ni hari ni. Dia comel dan cantik walaupun dia mengatakan diri dia brutal. Hahaha (Kalo korang jumpa dia, korang pun takde nak cakap dia brutal). Tapi saya ni hanya biasa je.

'Luaran tak penting tapi hati, persefahaman, saling menerima satu sama lain yang penting'
Betulkah?
Tak suka perasaan inferiority complex ni. Bila menyerang, memang rasa sangat down. Huhu. Mungkin saya masih tak cukup keyakinan diri lagi kot dan saya ni fikir terlalu banyak dan merepek. Tapi rasanya ada benar jugak kot. Huhu. 

Maaf kalau post kali ni membosankan. Saya harap dia sudi menerima saya seadanya seperti saya yang dah menerima dia dengan seadanya. (Cewah.. Lom ada pape lagi kot. Jangan berangan sangat la, amir. Kang jatuh, tak boleh nak bangun2, baru tau. Cakap orang pandai, sendiri kene ingat jugak tau)
Yola... 
(Ni la saya, suka bermonolog bila keseorangan atau tengah down. Bukan bipolar ye, kawan2. Takde simptom manic. Jangan riso. Hehe)

Sekian luahan hati untuk hari ni.
Wasalam

2 comments:

  1. terasa mnrk plak entry ko kali neh...selama neh aku ingt pmpuan je ad inferiority upnya laki pn ad gk terasa...dont worry amir insha allah klu dia btul2 suka kat ko no matter how u look she will always feel u r the best hehe

    ReplyDelete
  2. amir, aku rase la kan,mcm yg aku slalu ckp, die tu sbnrnye rase bnda yg same kat ko jugak.. aku rase ade sign yg die bg kat ko tp maybe samar2 sikit sbab die pun xnk terang2 tunjuk die pun brkenan kat ko. aku rase better ko go with the flow dulu, bile ko yakin die btul2 dh suke ko, ko confess trus kat die. ok x amir? anyway.. gudluck! ko deserve girl mcm die ;)

    ReplyDelete