Thursday, April 7, 2011

~Sesi Temu-Bual (duga sikit2)~

Assalamualaikum.

Tanggal 6 April 2011 (bukan tanggal baju atau seluar..hehehe), saya dan 31 kawan2 yang lain telah menghadiri sesi temuduga di SPA, Putrajaya. Bermula awal minggu hari Isnin, semua dah cuak. Melayari blog2 senior dan rakan2 dari universiti lain tentang pengalaman dan soalan yang bakal ditanya untuk sesi temuduga. Jenuh jugak la nak prepare, membaca isu terkini (baru nk baca ke bang? nampak sangat malas membaca paper...huhu), mencari jawapan kepada soalan2 di blog2 tersebut. Kita terus la cerita hari kejadian ye (alkisah awal2 ni rasanya standard untuk semua orang..hehe)

6 April 2011:
Saya terpaksa bangun awal mengelakkan diri menjadi penunggu depan bilik air (tak sangka kan? bilik pun air penunggu..hahaha). Setelah bersiap segala bagai, saya pun mula memandu ke fakulti. Ooops, tertinggal pulak. Saya jemput cik awa dulu (saya tak tertinggalkan dia ok. sebab dia mintak tolong jemput dia sebab untuk sesi hari ni dia sorang je dalam rumah dia yang menghadiri temuduga). Sangat berazam nak elakkan bergerak lambat naik bas untuk ke Putrajaya, tapi tetap lambat jugak bas kami bergerak.

Dalam bas, terdengar kawan2 di bahagian belakang bas berdiskusi tentang isu2 dan jawapan kepada soalan spot (ni kalau ada test ni, konpem skor..ngeh3). Saya hanya mampu mendengar dan berceloteh dan kacau orang sebab nervous (mintak maaf kak mun...hehehe). 

Sampai ke bangunan SPA di Putrajaya dalam 8.15am. Masuk2 je, staf SPA kat kaunter tu tanya 'kenapa lambat ni? Orang kat dalam bilik tu dah berjam2 tunggu'. No komen. Kami meminta maaf kepada staf tersebut. Kesian kat kawan2 yang diinterview awal sebab konpem2 datuk2 dalam tu tanya kenapa lambat. Huhu.

Penerangan tentang sesi interview:
2 orang penemuduga (1 wakil SPA, 1 wakil KKM)
Wakil SPA ni semua datuk2. Wakil KKM ni ahli farmasi. 
Sampai sahaja ke tempat temuduga, isi borang yang diberi (dalam borang ni kene isi pilihan tempat nak PRP, so pikir siap2 sebelum datang).
Asingkan siap2 5 benda ni ikut susunan di bawah ni:
1) Resume anda
2) Salinan IC
3) Salinan surat beranak
4) Salinan sijil SPM
5) Salinan surat pengesahan pelajar tahun akhir
Semua salinan asal dan sijil2 ko-kurikulum juga hendaklah dibawa semasa sesi temuduga. Masukkan elok2 dalam clear holder anda. Untuk 5 benda ORI di atas hendaklah disusun ikut susunan yang sama, diikuti sijil2 yang lain.
Anda kemudian akan dipanggil ke kaunter. Staf akan menyemak semua perkara2 di atas. Setelah selesai, mereka akan memberi anda nombor giliran untuk diinterview.

Nombor giliran saya: 1109
Orang ke-9 untuk diinterview oleh Datuk Salim Hashim bersama wakil KKM En. Zulkhairy. 
Selepas Syuk keluar, TING! Tertera la nombor giliran saya. Maka saya pun dengan bersegera ke pintu bilik L. Saya tarik nafas, ketuk pintu, dan pulas tombol pintu (buang masa je pulas, pintu tu tak tutup rapat pun, cehhh)

Sesi with Datuk Salim
Saya (A): Assalamualaikum
Datuk Salim (S) + En. Zulkhairy (Z): Waalaikumsalam
(terus ke depan meja dan menghulur salinan2 berkaitan dan borang)
S: Mohd Amir ye?
A: Ye saya. Boleh saya duduk?
S: Ha, duduk2.
(Datuk ni dah mula kuarkan aura sempoi dia..hehehe)
S: (Sambil belek resume). Awak pernah duduk TTDI ye? 
A: Pernah Datuk. 
Bermula sesi berbual tentang rumah di TTDI, pindah ke Kepong bila, tanah dan rumah Kepong. (Terkejut gak, takde kaitan, tapi layan je la. Haha).

S: Saya dengar course farmasi ni mahal jugak. RM 3k gak kan?
A: Err (camne boleh kuar err neh..aduii), di UiTM tak terlalu mahal tapi dengar kawan2 di uni lain dalam lingkungan tu jugak la.
S: (berjenaka dengan wakil KKM. tak dengar sangat time ni. Saya pun just sengih2 je)
S: Kamu memang minat farmasi ye? Pilihan pertama kamu? Kamu dari pre degree ye? (Ni dia tau dari kawan2 yang telah diinterview semalam)
A: Ye Datuk. Memang pilihan pertama saya.
S: Kamu nak further study tak lepas ni?
A: Lepas saya habiskan PRP dan compulsory service, memang teringin nak sambung.
S: Dalam bidang apa ye?
A: Clinical pharmacy (Main lebat je time ni. Actually xtau nak sambung ke tak pun. Hehe)
S: Baguz2. Belajar elok2 dan skor exam akan datang ni ye. Saya serahkan kepada En Zulkhairy. Dia nak tanya soalan tu. (Dalam hati cakap, memang dia kena tanya la, takkan datang situ tak tanya. Huhu)

Sesi with En Zulkhairy
Z: En Amir dan pernah attach di hospital kerajaan. Boleh ceritakan sistem bahagian farmasi di hospital kerajaan?
(Ah sudah. Sistem apa dia maksudkan ni??? Otak bekerja untuk menggoreng..)
A: (Cerita la pasal semua department yang pernah attach. Main sebut je)
Z: (Angguk). Ok. Nanti dalam masa setahun PRP, En Amir akan di hantar ke setiap bahagian untuk belajar sebanyak mungkin. Jadi, ambil peluang tu nanti untuk belajar ye.
A: InsyaAllah, En.

Z: Saya beri 1 senario. En Amir sekarang di kaunter pesakit luar. Ada seorang pesakit yang baru terima rawatan minggu lepas mengatakan ubat dia hilang. Ubat dia untuk jangka masa lama. Apa yang En Amir akan lakukan?
A: (berfikir sejenak. Memang goreng je neh). Saya akan kaunsel pesakit tu selepas dapat ubat baru untuk cuba elakkan kehilangan ubat berlaku (Pe aku merepek ni, ubat baru pun tak bagi lagi. Parah2...huhu).
Z: Kita nak bagi ubat terus macam tu je ke kat dia?
A: Tak. Saya akan periksa preskripsi pesakit tu dahulu
Z: Ya betul. Selalunya, kita akan periksa dengan doktor preskripsi pesakit ni sebelum kita dispen ubat dia
(En Zulkhairy ni memang baik la. Dia tetap akan bagitahu jawapan jugak. Hehe)

Z: Lagi 1 senario. Katakan la En Amir dapati En Amir tersalah dispense ubat dan pesakit dah balik. Apa yg En Amir akan lakukan?

A: (Huish. Banyak pulak senario dia neh. Minat Senario ke bang? Senario serius pulak neh). Tersalah dispen merupakan antara kesilapan yang serius (Ayat sementara cari idea. Hehe). Saya akan laporkan kepada pegawai bertugas dan semak dengan doktor tentang preskripsi pesakit. Saya akan call/contact/telefon (sebelum2 elok rojak, entah kenapa time ni rasa x elok nak rojak..Gelabah gelabi aku neh..hoho) pesakit tu dan terangkan perkara sebena dan mintak pesakit datang semula ke hospital untuk dapatkan semula ubat yang betul.
Z: Mana En Amir nak dapatkan no telefon pesakit tu? Pesakit tak tinggalkan no telefon di bahagian farmasi

A: Saya akan semak dengan bahagian pendaftaran pesakit.
Z: Ya betul. Selalunya, kita akan semak preskripsi daripada doktor dan semak indication ubat tu betul ke tak. Lepas tu, kita semak dengan bahagian pendaftaran untuk dapatkan no telefon. Ok En Amir. Nanti belajar elok2 semasa PRP nanti ye. Datuk nak tanya apa2 lagi?


Back with Datuk Salim
S: (Sambil tersenyum) Exam nanti tolong pass ye.
A: InsyaAllah Datuk.
S: Bagus. Sekarang tolong panggilkan Raden Azwani. Apa nama sebenar dia ni ye?
A: (haha. kelakar pulak Datuk ni). Nama sebenar kalau nak panggil dia, Azwani. Raden tu macam pangkat keturunan dia. Dia ada keturunan Jawa
S: (dengan muka kelakar dan buat2 cuak) Dia cakap Jawa ke Melayu?
A: (sengih2) Cakap Melayu, Datuk.
S: Ok2. Tolong panggilkan dia ye.
A: Baik Datuk: Terima kasih (pandang Datuk dan kemudian En Zulkhairy).

Keluar bilik dengan lega dan panggil Awa (tak payah panggil pun takpe, time tu jugak TING! no Awa pun naik)

Alhamdulillah. Rasa lega lepas dah selesai interview. Tu la alkisah saya ditemu-bual dengn SPA. 
Sekian wasalam :)

2 comments:

  1. lol.. baru aku tau ape korg duk sembang sal aku before aku masuk hahaha.. padanla aku masuk je belum sempat duduk datuk tu dah tanya nama aku hahaha

    ReplyDelete
  2. nak buat camne..dia tertarik tengok nama ko...hehehe

    ReplyDelete