Saturday, October 30, 2010

TEMAN........

Assalamualaikum.

Salam ada mintak tolong dengar lagu teman. dia tanya best ke x. mmg best. terharu dengar. time dengar lagu ni, saya terimbau kembali semua kenangan dengan rakan2 saya, especially teman baik. tersenyum sendiri saya.

Pra-Ijazah
MMS
saya masuk2 je UiTM mmg bkn coursemate dgn kawan2 skola. semua merupakan rakan2 baru. bila teringat memori MMS dulu, saya sebilik dgn rakan skola tp floor saya ramai kwn2 coursemate baru saya. saya ingat lagi saya diminta untuk kejutkan izul tiap2 pagi time MMS tu. haha.. yg paling saya x boleh ingat ialah abg PM marah2 n suruh semua siswa duduk dkt area parking sbb ada siswa yg buat hal (ni kes bulat ngan mat tegar dulu la punyer pasal neh) hahaha... pukul 2 atau 3 baru diorg bg kami naik bilik dan tido tp kene bangun pukul 5 untuk pergi PI... MMS.........

SEM 1
dah daftar dan duduk di kolej perindu... dah bermula la sem sebagai mahasiswa (time tu baru amik pra ijazah je). mmg kekok la sbb baru 1st time dok asrama. masa tu saya sgt la kurus dan kecik berbanding sekarang ni.. hahaha.. tapi saya mmg tahu saya xde la hensem sgt sampai menarik perhatian coursemate perempuan yg lain.. bulat, shah, jaa, paan.. mereka2 ni la yg selalu jd sebutan coursemate perempuan time tu.. mmg x dinafikn, saya tertarik pada seseorg coursemate saya time tu... masa induction saya masih ingat saya approach utk berbual dgn dia (kisah dgn dia ni saya xkn ceritakan ye..hanya memori dlm ingatan saya saja)... memori induction.. hahaha
sem ini jugalah saya mengenali seseorg lg yg saya x sangka utk jadi besfren saya sampai sekarang... semua bermula dengan SDL (self directed learning) subjek biology.. saya 1 grup dengan beberapa org kawan (semua perempuan time, kalau x silap sbb siswa dlm course saya tu x ramai).. masa tu la saya kenal besfren saya tu.. entah macam mana kami boleh berborak n tukar2 nombor.. (time tu saya jadi ketua group, nk x nk pn kne ambil nombor enset dorg gak).. pastu x sangka kami boleh berbalas SMS... dan menjadi habit kami sampai sekarang. kami jadi sangat rapat dan dia sering juga mengadu dan bercerita dengan saya.. sem 1 ni mmg sem yg mengenalkan kami...

SEM 2
rasanya time ni besfren saya tu clash (kalau x silap saya.. sigh.. adakah saya seorg teman yg trok sbb x ingat psl ni?)... mmg saya sedih mendengar luahan hati dia.. saya hanya mampu mendengar dan cuba memberi semangat pada dia... sem 2 ni merupakan sem yg merapatkan kami...

SEM 3
ni merupakan short sem. kami siswa kene duduk di kolej jati. tp walau apa pun, saya tetap mencari peluang berjumpa dan temankan besfren saya tu sekiranye dia memerlukan teman keluar ke, atau nak meluahkan perasaan ke... 

Ijazah
SEM 1
dh berjaya meneruskan pengajian untuk ijazah farmasi..alhamdulillah.. kami dpt juga join group yg sama. gembira saya. ketika sem ni, xde banyak perkara sangat... kami tetap rapat... pantang x SMS dlm sehari la.. ada je perkara yg nk diSMS kn. saya mmg sayangkn dia... dengan beraninya, saya suarakan hasrat nk kapel ngan dia.. saya ingat lagi, rasanya hari saya SMSkn hasrat saya tu, pagi tu paper pharmacy practice.. ptg lepas paper kami keluar berjumpa... tapi ini mungkin merupakan kesilapan saya..


SEM 2
saya tercampak ke meranti. kali pertama saya roommate dgn siswa course laen. sem ni, semuanya menjadi serba x kene. ada je masalah antara kami. dan saya pernah membuatkan dia menangis kerana kelemahan, kesilapan, dan kebodohan saya.. saya mmg menyesal apabila saya mndengar tangisan dia.. saya tersedar tika itu saya mmg seorg yg kejam terhadap dia.. saya menyesal dan cuba mengubah diri saya dan meminta maaf dari dia.. sem ni merupakan sem yg mula mencabar persahabatan kami.

SEM 3
sem ni pun, sgt mncabar... kami sentiasa bergaduh.. bertikam lidah...bertikam SMS.. selalunya kami baik2 aja tp seringkali jugak kami bergaduh.. mmg kami berdoa moga persahabatan cuba kekal dan utuh..

SEM 4
saya menyewa di luar.. awal2nye dia dan kwn2 dia pun kene menyewa di luar.. setelah saya dgr mcm tu, mmg saya cuba tlg dia semampu saya.. walaupun kami sering gaduh, tapi jauh dlm sudut hati saya, saya tetap sayangkn dia.. kami cuba berbaik2 n cuba nk elak gaduh.. sem ni SMS ssh skit sbb line kt umah sewa x stabil. pastu x smpi sebulan dia pindah semula msk kolej bersama kwn2 dia(atas sbb2 dan alasan tertentu).. walaupn saya duduk luar, seringkali jugak saya masuk n jemput dia kuar.. kdg2 saya pn tlg teman dia ngan aktiviti kt DC kalau ada aktiviti berkupon. (tolong kutip kupon gak la utk dia.. sebenarnya sejak sem 1 pra ijazah, saya ni pun rajin kutip kupon tau.. habit tu belum hilang time ni).. tp time study week, setelah saya hantarkan dia di melati, dia pun meluahkan untuk kami jadi besfren sahaja... dengan sebab yg munasabah, saya terima keputusan dia...mula2 lps dgr, saya rasa mcm boleh terima. tp lama2 sedikit frust dan kecewa tu pun mula la terasa. tapi apakan daya, itu yang sebaik2nya. sem ni merupakan titik tolak perhubungan kami.

SEM 5
pindah ke puncak alam. saya tetap rajin kutip kupon time ni. kami cuba untuk merapatkan kembali perhubungan kami. tapi seperti agak sukar. sekali lagi akibat kebodohan dan keterlanjuran saya (bukan keterlanjuran yg ehem2 tu ye, ni psl relationship dan kesilapan membuat keputusan), saya melukai dia lagi.. ada sekali tu dia x reply SMS saya bbrape hari. mmg saya risau dan saya tahu dia marah dan makan hati dgn saya ketika itu... mmg saya menyesal dan terkilan saya xdpt jaga hati dia dgn baik masa tu. sem yg penuh dugaan dan kami mmg dpt merasakan kami semakin jauh

SEM 6
boleh dikatakn sem yg menstabilkan kami walaupun ada je bbrape perkara mcm masam muka dan bertikam lidah (SMS) berlaku. sikit sebanyak kami cuba juga merapatkan semula persahabatan kami. dia telah pun byk membantu saya dr segi akademik, aktiviti (BRAIN...program ni mmg dijayakn oleh semua teman sekalian) dan mnjadi peneman saya (walaupn dari segi SMS sahaja). kami mula kembali rapat walaupun x mcm dulu. tapi saya tetap gembira.

SEM 7 (currently..)
saya gembira walaupn byk la dugaan dr segi akademik. persahabatan kami masih kekal. kini saya mmg sgt menghargai dia sebagai besfren saya. seboleh2nya saya xnk kehilangan dia sbg teman saya. walaupun mungkin kami tiada jodoh dan x serasi bersama, cuma saya harapkn kami tetap berkawan hingga akhir nanti. saya pun dh plan nk bg hadiah yg dia minta utk perkahwinan dia nanti.. haha. saya doakan dia berjaya dlm hidup dan dpt berjumpa pasangan yg mampu mmbahagiakan dia hingga akhir hayat dia. 

awak la besfren dan teman baik yang pernah saya ada... semoga persahabatan kita kekal selamanya..

(maaf le ayat skema..haha)

ni lagu buat awak.. Lagu Teman




Hargailah teman anda :)
Sekian wasalam.

1 comment: