Saturday, January 1, 2011

2011

Assalamualaikum.

2010 dah tamat. masuk pula tahun baru 2011. Nak diikutkan, tahun 2010 ni banyak dugaan dan kenangan yang x dapat dilupakan. Mengharapkan tahun 2011 ni lagi baik daripada sebelumnya.

Malasnya nk naik sem, sedangkan dah sem akhir ni. Penghujung tahun 2010 yang x menyenangkan membuatkan saya x berani nak harap pape atau letak azam untuk tahun baru ni. just nak bagi yang terbaik dalam apa sahaja yang diusahakan. Ada rezeki, Alhamdulillah. Xde pun, Alhamdulillah. 

Bukan senang hidup berkeluarga neh. Ibubapa bergaduh, anak tertekan. Anak x menyerlah, ibubapa kecewa. Asam garam kehidupan la kot. 

Apa2 pun, kene start plan apa nak buat. So, dlm minggu pertama ni, rasanya xde pape perkara significant. 
1) Kemas rumah sewa
2) Datang kelas
3) Fikir karya
4) tengok wayang
5) exercise (diharapkan boleh buat yang ni.. hehe)
6) continue experiment Ubuntu 
(guna virtualization software utk buat virtual machine utk run Ubuntu tanpa perlu untuk dual boot dengan windows7)

Basically, tu la. Saya pun seboleh2nya nak berusaha menggembirakan kawan2 saya. Saya tahu saya ni memang baran jugak tapi saya tetap sayangkan kawan2 saya, xkira laki (jangan pikir gay plak ye) atau perempuan. 
To all my friends, have a nice good happy exciting and productive year. Yang nk 'bina masjid' tu, jangan la lupa invite kenduri ye. hehe

Wasalam :)

Tuesday, December 14, 2010

Result: YES KLIMS ;)

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya saya x update blog ni. sekadar berkongsi ringkasan cerita la ye.

10/12/2010
Tarikh result UiTM kuar. Check emel pukul 10am. Alhamdulillah. Lulus semua tp sayangnya target utk AD x kesampaian. Xpela amir, ambik as iktibar dan terima apa yg telah diberi. Moga sem akhir nanti dpt berubah kpd yg lebih baik. InsyaAllah. Rasanya ada jugak la kawan2 lain dpt AD. Tahniah!!

A bit down lepas tahu target x dpt. So, meneruskan plan malam sebelumnya iaitu pergi KL International Motor Show (KLIMS) 2010. Mula2 ajak adik tp tiba2 dia ckp dia malas nk ikut sbb jalan jao (ngada2 skit dia tu..haha). So ajak la nini utk temankan. Sibbik la dia mau kuar temankan. dia pun sebenarnya nk pinjam external. Plan dijalankan pukul 2.45pm (lps lunch after solat Jumaat) gerak ke stesen komuter Kepong Sentral.

1st destination: KL Sentral
Sebelum ni pernah dtg bulan lepas, waktu tu ada la jualan magazine import yg murah2 dgn promosi YES 4G. Masa tu dh tertarik dengan servis YES 4G. Memandangkan Celcom Broadband saya pun telah diterminatekan, ingin cuba sesuatu yang baru. So sampai je KL sentral, kami pergi ke tempat jualan YES 4G di bahagian arrival.

Pakej yang saya ambil is Yes Go (USB dongle):
RM 99 (harga dongle) + RM50 (activation) = RM149
* pakej ni termasuk penggunaan percuma 10GB sehingga 19/12/2010






For further info, klik website YES di sini

2nd destination: PWTC
setelah selesai urusan di KL sentral, kami teruskan plan ke PWTC utk melawat KLIMS 2010. untungnya pergi hari ni sbb hari Jumaat (still weekdays) dan untung bawa student card (dpt student price utk tiket: RM5). Hehe. Sepatutnya student xdpt langsung goodie bag, tp mintk jugak la dkt bro kaunter tu. Tp dpt 1 je. Maaf ye nini, amir mmg nk goodie bag ni. hehe. Banyak kereta/motosikal konsep dan komersial yg ada. Kerana kekangan masa, kami dpt round secara brief dan ambik gmbr penting2 je mcm kt bawah ni.




Masa nak balik toksah citer la. Dua kali nk msk komuter dr stesen Putra x dpt (dari pukul 6.00pm, asar kt stesen ktm putra). Kali ke-3 baru berjaya sumbatkan diri dlm komuter. Memang mcm sardin. Memang pengalaman la. haha. Dh hantar nini balik, cpt2 pegi masukkn duit umah sewa saya dan adik. 

Ohye, ckp psl adik, dia kene menyewa umah sekarang. 
Pelajar ijazah sem 2 di Shah Alam dh susah nk dpt kolej.
Mmg riso la parents saya. Harap dia pandai la bawa diri. Nanti dh dpt alamat, nk g survey umah yg kawan2 dia dh jumpa tu.

Basically, ni je la summary events yg berlaku di tarikh keramat ni. so selamat menghabiskan cuti bagi kwn2 yg masih bercuti.

Sekian, wasalam. 

Thursday, December 2, 2010

"Angin"

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. (sebab aku nih lelaki aku pun tak tahu). Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan...

Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut
 bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki.
 Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam
 bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang
 cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati keranacuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut
 cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula.
 Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara
 USmenganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila
 cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah para moderator dan administrator di Jiwang.Org juga kentut?
Mereka juga manusia biasa.
 Ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi. Cuma apabila dituduh mereka akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa mereka. Mereka tetap kentut.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.



* Sumber daripada Niniey... tapi rasanya asalnya drp jiwang.org 
Semoga terhibur ;) 

Tuesday, November 30, 2010

wish to be who i was

Assalamualaikum.

ketika menaip post ni, saya sedang berfikir, macam2 yang saya fikirkan. ni membuatkan saya berfikir jugak alangkah baiknya sekiranya saya masih seperti ketika sekolah dulu, terutama sekali form 5.

ketika sekolah menengah dulu, saya memang nerd (really nerd daripada sekarang). sangat skema. tapi sekarang lebih kurang sama jugak la kot. hahaha

tapi, dulu, saya dapat merasakan, saya lebih fokus, lebih berkobar2, lebih rajin daripada sekarang. tak tahu apa yang mengubah saya. masa? peristiwa2 yang dilalui? peer pressure? tekanan akademik dan hidup? entah lah.

dulu, saya rasa saya tak mudah menyakiti hati orang keliling saya seperti sekarang. dulu saya agak pendiam, kurang sosial, kawan pun tak ramai, apetah lagi bercintan cintun. 

kini, saya merasakan saya kehilangan amir yang lama dalam diri saya. benar ke? bermula zaman universiti, semua berubah. kemesraan antara family members pun dah lain. saya sayangkan family saya tapi dengan macam2 yang berlaku, kemesraan tu tak macam dulu.

saya mengenali ramai kawan, termasuk la kawan baik saya tu. then, i crossed the line. keputusan yang tak sepatutnya saya buat. saya menyakiti hati dia, dan orang2 di sekeliling saya. saya sangat kecewa dengan diri saya.

boleh ke saya kembali macam dulu? menjadi nerd pendiam supaya saya tak sakiti hati orang lain. supaya saya tak dianggap beban. supaya saya tak perlu pikir semua ni. tapi macam tak boleh. saya hanya boleh adapt dan cuba untuk pendam apa yang patut. buat masa ni, rasanya memang patut saya JANGAN PIKIR PASAL BENDA PELIK2 macam cinta, jodoh dan sewaktu dengannya.

another weird post from me. terlalu pikir yang bukan2. i should just be myself, support your family and friends and be there for them.

sekian. wasalam.

Friday, November 26, 2010

"Aku dengar ko nak kawen..."

Assalamualaikum.

Hari ni sangat meletihkan buat saya. pagi2 takde la letih tapi lepas tengah hari. sepanjang petang saya kuar bersama kawan baik saya. dapat jugak la saya makan di tarbush (restoran ala arab). memula ingat nk makan lamb chop tapi sbb leceh nk potong2 dgg ngan tulang lamb, saya order la shish kebab. boley tahan la. dpt jugak la berborak dan berceloteh dgn kawan saya tu. teringin sangat nk jumpa, mana la tau, saya pasni kene pegi tempat jauh. setelah makan dan berjalan2, kami pun pergi ke puncak alam untuk jemput adik kawan saya tu. 

Oh, macam takde kaitan dengan tajuk post kn? takpe2. dah nk sampai dah. 

lepas je antar kawan dan adik dia tu, saya bergegas la balik sebab nak hantar sepupu saya ke KLIA. dia ada program homestay dekat Jepun. sampai rumah dalam pukul 6.15pm, terus saya tukar drive kereta honda bersama2 adik saya ke subang. x sangka sebab hujan dan kereta yg banyak di jalan raya, saya sampai rumah mak induk di subang pukul 7pm (sepatutnye 6.40-6.45 dah sampai kalau jalan clear). apa2 pun, sampai2, terus maghrib dan quick dinner. 7.30pm terus saya memecut membawa sepupu dan kawan sepupu saya tu.

Still xde kaitan dgn tajuk topik kan? sabar2.. bagi peluang saya menaip.. (malas nak buat banyak2 post).. hehe

balik dari hantar sepupu, saya singgah dulu rumah mak induk kat subang tu. lepas supper sekejap.. 

JENG3!!
"AKU DENGAR KO NAK KAWEN... HEHE"
mak lang tanpa control suara terus berkata dengan lantangnya... wadoi.. mana la dia dpt idea mcm neh. mak induk pun dgn tersengih2 pun join sama. 

"DAH TERSUSUN KE CALON2NYE??? HEHE"
ni lagi best... bukan calon, tapi CALON2... wah.. diorg ni nak saya kawen lebih dari sorang ke?? hahaha..

memula inga taknak layan.. so buat2 la main dengan sepupu saya yang kecik tu.. tapi tak boleh jugak.. suara diorg memecah gegendang telinga bertanya dan mengeluarkan ayat macam ni.. terpaksa la jujur dengan diorg...
(sepupu saya ni musti ada report dekat mak lang ni..haish)..

ye, mmg saya minat dekat seseorang, tapi baru je kenal.. dan saya pun takde la letak harapan atau apa2 sebab awal lagi kot... dan saya selesa berkawan dulu macam ni.. makin bertubi2 soalan diorg tanya.. memamg mcm selebriti yg dikorek gosipnya la.. hahaha

"KALO IKUT CIRI YG AYAH KO NAK LA UTK MENANTU, DIA PUTIH X? 
KEDUA, DIA PANDAI MASAK X? 
MANA KO TAU DIA PANDAI MASAK? 
KO DH TEST KE MASAKAN DIA?
DIA ORANG MANA?
DIA BELAJAR MANA?

yup, kalo ikutkan ciri2 yg ayah saya tetapkan utk calon menantu dia, mmg berat gak la. harap kalo betul saya nk kenalkan calon bakal menantu diorg ni, harap mak saya support la so xyah la nak terlalu ikutkan ciri2 yg ayah saya tetapkan tu.. kelakar plak.. hahaha.. tapi tadi stres jugak la lepas ditanya macam2 ni..

so kawan2, siap sedia la untuk menghadapi situasi macam ni ye. yg dh selamat kawen, tahniah la, xyah nk hadapi dah situasi. yang masih single macam saya ni, prepare la dengan reply yang power2 sikit so xde kene tembak.. (macam interview cari keje atau kene siasat oleh polis pulak).. hahaha

ohye, saya x bagitau siapa calon tu kan. JENG3... rahsia (tp ada yg dah tahu kott)

oklah. sekian untuk coretan yang ingin dikongsi. bagi yg single, cepat2 la cari calon especially kalau parents/sedara mara dh start tanya2 macam ni. bukan apa. diorg riso le, xkan la nk anak/anak sedara diorg ni membujang sampai ke tua. haha. 

ciao. wasalam ;)

Tuesday, November 16, 2010

tHE GoOD, tHe bAD, and tHE UnKNowN

Assalamualaikum.

rasanya dah beberapa hari jugak la x update blog ni. so nk update pun, lom ada pape yang significant. but still, there are some experiences that i want to share. boleh buat hiburan dan renungan bersama.

isnin, 15/11/2010
sampai pagi hari  ni x confirm lagi berkenaan program ke mesir. so saya telah diberitahu oleh wazir yang en faiz nak jumpa kami berlima yg akan ke sana pd pukul 12.30pm. memandangkan hari ni isnin dan dh cuti (yeay!!!!!), saya pun mengajak cik nini utk menemani saya. just ajak teman dan kuar (kami xde pape lg, okeyy). so setelah jemput dia, saya terus ke puncak alam. 

setelah submit logbook fathi dan che nad, saya berjumpa en faiz bersama wazir dan junior, azrina. boleh la pulak en faiz buat lawak konon dh tukar tempat, ke indonesia. tugasan dia, buat report berkaitan gunung merapi (time awal2 ckp tukar tmpt tu, dh pecaye dh, skali bila ckp gunung merapi, dh kene tipu.. dlm hati dh berapi2 dh). so sebenarnya, program kami kena tunda, start 1/12-31/12 (sebulan... lama betul..cewahhh). dan baru tahu kami kena cuba cari accomodation sendiri. aduyai. harap dgn bantuan zati dan kwn dia kt sana, moga kami dpt menyelesaikan masalah ni.

setelah bergelak ketawa dan selesai berbincang dgn en faiz, saya dan nini pun gerak la ke subang parade. nini nk jumpa kwn dia kt sana. dia keje di kenny rogers. sgt2 berterima kasih kt kwn nini tu sbb dpt muffin extra n nini xdela mhl sgt belanja saya, kalo x, cian dia. huhu. it was a nice day despite of the uncertainties and 'keberapian gunung merapi dlm hati pagi tadi' and traffic jam di kala hujan lebat semasa nk balik rumah. 

what keeps me thinking the whole day is, am i ready to go? sebulan, tempat org, buat praktikal (bukan g cuti tau...) saya xde background bahasa arab, still there is uncertainties about the program, a lot yg mmberatkan hati ni. it will be nice to go and see pharmacy environment in other countries. pape pun, to all readers, doakan kami semoga kami selamat pergi dan selamat kembali. semoga kami memperoleh input berguna semasa kami di sana. Aminn....

dinner di Chop N Steak, selayang. 1 family saya g dinner kt sana. its an honour gak la bila diorg nk g tempat yg saya suggest. the place is good if you want to eat western food. sbb pyh nk cari kdai western yg dekat dgn rumah ni. so for me, its quite decent. tapi malangnye, pesanan abah saya x dibuat dgn betul. mintk kurg pedas, tp pedas jugak. air mintk kurang manis, tp manis jugak. saya kecewa dgn tempat tu semalam. but spt BF saya, jannah, ckp kt saya, things happen. x boleh nak buat apa. tp deep down, saya merasakan, lepas ni saya xnk suggest tempat makan lg. xmau org kecewa. kalo diorg nk makan, diorg pilih la tempat kegemaran diorg. saya  ikut je. 
to all friends, maafkan saya kalau saya reluctant nk recommend tempat makan atau malas nk memikirkan tempat makan. i have my reason, although ramai xkan terima reason mcm saya ni. sorry.

selasa 16/11/2010
hari ni pergi rumah mak induk di subang. seronok dpt bermain2 dgn sepupu kecil saya, zafri (xde la kecil dh..masuk 5 tahun). penat melayan kerenah dia, tp dia membesar. in a sense, dia x trlalu nakal dan x trlalu mengada2 dgn saya. sronok. tp still, obses dgn upin dan ipin (budak la katakan). ketika nk balik dlm tengah hari, dia boleh ckp 'abg amir tinggal la sini'. siap tanya 'abg amir balik kmpung x besok?'. maaf ye zafri, abg amir xle nk tinggal umah zafri. laptop kt umah abg amir ni. abg amir pn xle blik kmpung esok sbb abg amir smbut raya haji dkt kepong ni. 2 je la yg mampu dijawab. dulu dia akan menangis bila saya balik, tp sekarang dia dh besar, so xdela menangis mcm dulu.

mama masak lauk favourite saya utk dinner iaitu tomyam (masakan mama). tomyam ni lain sgt drp yg kt kedai. tomyam ni lagi berkhasiat (kurg minyak, byk sayur, siap ada potongan ayam kampung). utk mereka yg hardcore tomyam, rasanya xle nk telan kot. tp untuk family saya, this is the healthiest and tastiest tomyam we ever had. abes 1 mangkuk saya sorang je bantai (muahahahaha!!!). 

Glad to be home, actually :)

sekian nukilan buat masa ni. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
selamat bercuti

wasalam :) 

Friday, November 5, 2010

salah siapa??

Assalamualaikum.

harini tgh hari tadi perlu pergi fakulti. malangnya tiada siapa group mate IBM saya menunjukkan minat nak ikut temankan saya. saya pun ajak la housemate yang selalu teman saya (dia ni group laen) tapi dia pun tak nak temankan. saya malas nak ajak groupmate sebab takde tunjukkan minat nak ikut. saya memang mahukan markah saya. sebab tu saya beriya2 nak pergi fakulti jugak.

sampai fakulti, saya pun ambil la apa yang patut termasuk la groupmate saya punyer keje dan kawan saya. bila tengok carrymark, ada la diorang punye yang lompong2. saya pun call la dan gitau kawan saya tu. saya sendiri memang tak tahu la nak buat macam mana sebab diri masing2 takde dengan saya masa tu. 

lepas solat, diorang un check la. rupanye ada la quiz2 diorang staple skali dgn pastyear, buat dua kuiz dalam kertas yang sama (sepatutnya 1 quiz 1 kertas). dengan tidak semena2, saya disalahkan. 'ko yang x bagitahu. aku pegi lab time kelas'. mungkin betul salah saya. mungkin saya terlupa nak beritahu dulu. saya dah pun mintak maaf dengan kawan saya tu. 

tapi saya terkilan. sangat terkilan. kenapa langsung tak nak bertanggungjawab untuk markah sendiri? kenapa tak de tunjukkan minat atau tanggungjawab nak ikut tengok markah tu? memang subjek ni buat saya sangat penat sebab saya seperti dibiarkan sorang2. memang mereka buat part/kerja mereka tapi saya tak diberi perhatian langsung, especially bila compile semua. saya tetap manusia. mana la saya mampu nak ingat semua, nak bagitahu semua detail. kalo x datang kelas, ambil inisiatif tanya2 org. time kuiz tu pn, masing2 tiru masing2. tiru betul2 la ikut macam mana saya jawab dan susun kertas kuiz tu. terkilan la sebab tiada terima kasih pun lepas saya compile semua keje tu. saya harap mereka sedar la lepas kejadian hari ni.

daripada hati yang terkilan. sekian. wasalam.